Rendang kacang panjang mungkin ada yang pernah makan tapi boleh jadi ada juga yang tak tahu kewujudan lauk rendang ini.
Hidangan dari Negeri Sembilan sememangnya enak. Boleh cuba jika mahu merasai citarasa rendang yang berbeza.
Kalau dah buat rendang ini, tak masak sayur pun tak mengapa kerana sudah ada kacang panjang yang dimasak sekali.
Cara buat rendang kacang panjang
Bahan-bahan
Pedal, hati, isi ayam sikit (jika nak guna ayam saja pun boleh)
Kacang panjang
Cili padi (lebihkan jika suka pedas)
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 asam keping
1 kotak santan
Serbuk kunyit (optional)
Garam dan gula secukukupnya a
4 helai daun kunyit dihiris nipis
Minyak untuk menumis
Ads
Cara membuat
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia,serai, lengkuas, serai dan cili api.
2. Tumiskan bahan yang dikisar tadi.
3. Bila bahan tumis dah terbit minyak, masukkan hati, pedal dan ayam. Gaul rata.
Ads
4. Kemudian masukkan asam keping, serta tuang santan.
5. Kacau hingga naik minyak barulah masukkan kacang Panjang. Gaul rata.
Ads
6. Kemudian masukkan daun kunyit yang dihiris lalu digaul rata.
7. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau lagi hingga sebati. Siap.
Cara buat soto sedap ini kena belajar terutama kalau berhajat nak menyediakan menu ini untuk tetamu yang datang beraya atau mengadakan rumah terbuka.
Resipi ini akan buat tetamu menghirup kuah terutama bila ditambah sambal kicapnya yang padu. Puas hati makan.
Cara buat soto sedap, kuah dan sambal kicap padu
Bahan kisar
1 inci halia
4 biji bawang merah besar
1 ulas bawang putih
Bahan lain
Ayam secukupnya (potong besar, untuk dicarik nanti)
2 batang serai (dititik)
Minyak untuk menumis
½ pek serbuk sup Adabi (peket kecil)
½ pek serbuk kurma Adabi
1 kiub ayam
Akar daun sup (dipotong dan dicuci bersih)
2 liter air (lebih kurang 1 jug besar)
Cara memasak kuah soto
Tumis bahan kisar, serai, dan akar daun sup hingga naik bau dan sedikit garing.
Masukkan serbuk sup dan kurma atau rempah soto, kacau rata.
Masukkan ayam. Bila air ayam hampir kering, baru masukkan air.
Tambah kiub ayam, perasakan dengan garam dan gula. Reneh hingga ayam masak.
Angkat ayam, toskan dan carik untuk hidangan.
Kuah soto siap.
INFO: Boleh juga guna rempah soto sebagai ganti serbuk sup/kurma. Tapi bahan lain jangan tinggal ya! Itu yang membuatkan kuah pekat dan wangi.
Cara buat begedil kentang
Bahan-bahan
5–6 biji ubi kentang (buang kulit, potong kecil, rebus dan lenyek)
Daun sup (hiris halus)
Bawang goreng secukupnya
1 biji telur
Garam secukup rasa
Lada sulah secukupnya
Cara membuat
Gaul kentang lenyek bersama daun sup dan bawang goreng.
Bulatkan dan leperkan sedikit.
Pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah, pukul hingga sebati.
Panaskan minyak (cukup untuk tenggelam separuh begedil saja).
Celup begedil dalam telur, goreng sampai bahagian bawah garing, baru balikkan. Jangan cepat sangat, nanti pecah.
Resipi Sambal Kicap Padu
Bahan-bahan
1 ulas bawang putih (dititik)
Segenggam cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
1–2 sudu besar gula
1–2 sudu besar sos cili
Kicap manis secukupnya
1 sudu besar minyak gorengan bawang putih
Cara membuat
Goreng bawang putih yang dititik tadi hingga garing.
Masukkan cili padi dalam kuali yang sama, goreng sekejap bersama bawang putih tadi. Angkat dan asingkan—jangan buang minyaknya.
Tumbuk cili dan bawang goreng sampai lumat.Masukkan gula, sos cili dan kicap manis secukupnya.
Tambah 1 sudu minyak gorengan tadi ke dalam sambal. Gaul rata. Tak perlu tambah garam sebab sos cili dan kicap dah cukup masin.
Nota: Sambal ini bukan saja sedap untuk soto, tapi juga sedap dicicah dengan mi sup, gorengan seperti pisang, ubi atau sukun. Pendek kata, ikut suka tekak masing-masing.
Cara penyediaan soto
Hidangkan kuah suo, begedil dan sambal kicap dengan nasi impit, ayam yang dicarik, suhun goreng, kacang goreng, taugeh, daun sup, serta bawang goreng.
INFO: Sukatan bahan ini adalah untuk enam orang makan, boleh gandakan jika mahu menyediakan dalam kuantiti banyak.
Antara makanan segera kegemaran anak-anak adalah nugget terutama nuget ayam tempura. Boleh kata stok makanan ini sentiasa ada dalam freezer. Cuma sekarang harganya pun dah makin mahal. Hampir RM16 untuk satu pek.
Supaya lebih jimat eloklah kita belajar buat sendiri. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Siti Zunnurain. Kaedahnya yang dikongsi tak memerlukan adunan dikukus, sebaliknya boleh terus digoreng. Nuget ini tidak dicampur dengan tepung, memang isi ayam penuh lagi sedap. Boleh disejuk beku, jadi boleh buat banyak dan simpan dalam freezer.
Kalau di rumah ramai budak kecil, kena buat kuih ini!Popia Nestum ini memang kegemaran anak-anak. Gabungan rangup, manis dan rasa lemak susu boleh buat mereka tak berhenti mengunyah.
Memang berbaloi buat kuih ini. Lagi satu nak buat pun senang, cuma memerlukan sedikit kesabaran untuk gulung popia. Jika baru nak cuba buat kuih raya, ini antara kuih yang sesuai untuk beginner. Boleh ikut perkongsian Adriana Qistina Zamri.
Step by step buat popia Nestum
1.Ambil satu paket kulit popia. Gulungkan kulit popia panjang-panjang macam dalam gambar. Jangan gulung terlalu tebal dan biarkan ada sedikit ruang di tengah gulungan popia supaya setiap lapisan popia masak.
Boleh gunakan lidi satay atau lidi bunga telur untuk gulungkan popia. Untuk gamkan hujung kulit popia boleh gunakan air, telur atau air bancuhan tepung.
2. Lepas dah siap gulung, gunting popia dengan potongan serong atau menegak.
3. Kemudian bolehlah goreng popia dengan api yang sederhana hingga kekuningan. Jangan gunakan api yang besar sebab popia senang hangus.
4. Selepas siap goreng popia, sementara tunggu popia sejuk, kisar Nestum 1 cawan dan gula 1/2 cawan dengan mesin pengisar kering. Kemudian campurkan Nestum dan gula tersebut dengan susu tepung 1/2 cawan.
Yana guna susu Nespray. Kalau tak nak guna susu boleh tukarkan dengan Horlick ( Ini sukatan cawan saiz kecil untuk setengah bungkus kulit popia)
5. Masukkan popia yang dah siap digoreng dalam bekas kedap udara dan taburkan dengan serbuk campuran nestum, gula dan susu tadi. Pastikan popia dah sejuk. Baru taburkan campuran tadi. Kalau tak campuran akan cair dan berlengas.
6. Kemudian tutup bekas dan goncangkan hingga campuran sebati dengan popia. Dah siap.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...