Walaupun keledek tanaman menjalar tapi tak semestinya kena tanam atas tanah, buat batas bagai.
Tengok ni, tanam dalam plastik beras pun menjadi, tetap banyak hasilnya. Jadi kalau tiada laman boleh ikut cara penanaman keledek kuning yang dikongsi oleh Jatye Atie Christie.
Daripada buang beg plastik beras, kita buat macam ni ya! Dapat juga makan keledek yang manis ni kan.
Tanam keledek dalam plastik beras, guna keratan batang
Boleh guna plastik beras 5kg, atau 10kg. Tebuk bahagian bawah untuk pengaliran air.
2. Ambil tanah hitam, Cocopeat dan tanah biasa masukkan dalam plastik tadi.
3. Kemudian cucuk saja keratan batang keledek dalam tanah. Boleh juga tanam guna ubinya.
Ads
4. Siram sekurang-kurangnya sekali sehari dan letak di kawasan yang kena cahaya matahari.
5. Buatkan pancang kayu kerana pokok ini menjalar. Keledek boleh dituai selepas 3 bulan.
Ads
Yang ini, bawah beg plastik pun masih ada ubi. Bila dah tuai ambil keratan batang pokok keledek dan tanam lagi.
Ads
Tip kerat batang pokok keledek untuk ditanam
Penanaman secara keratan boleh dilakukan dengan memotong batang ubi keledek dalam lingkungan panjang 20cm hingga 30cm.
Kemudian, tanam keratan tersebut secara condong dan pastikan suku daripada bahagian keratan tersebut timbul pada bahagian permukaan tanah.
Ikan rebus antara lauk orang tua dulu yang kembali popular sekarang ini. Ikan yang direbus dengan garam atau pun asam keping ini memang sedap bila digoreng. Boleh ratah begitu saja.
Tapi kalau nak rasa ikan rebus yang berbeza, boleh cuba buat ikan rebus versi Thai pula. Kalau cara kita hanya guna garam dan asam keping, tapi mengikut resipi perkongsian Vi Ibi Haji Ariffin ini untuk menyediakan ikan rebus Thai banyak bahan lain yang direbus sekali bersama ikan.
Ikan rebus versi Thai
Cara penyediaan
1.Untuk 15-20 ekor ikan selayang, masukkan 2 ketul nise kerek, 6 batang serai, 1/2 sudu garam, 6 ulas bawang putih, asam keping segenggam dan limau purut 15 helai ke dalam periuk.
2.Masukkan ikan, nak letak cili pun boleh. Masukkan air sama paras dengan ketinggian ikan.
3. Rebus selama setengah jam, guna api kecil saja. Cuba rasa air rebusan sekiranya masin atau manis sangat tambahkan air panas.
4. Ikan rebus ini makin lama simpan dalam peti makin sedap. Bila nak makan boleh terus goreng.
Baru saja cabut rumput keliling rumah, tapi tak sampai seminggu dah tumbuh balik. Ini situasi biasa kalau rumah ada laman. Memang penat.
Tapi kalau tak berapa rajin nak cabut atau meracun rumput ada cara yang lagi mudah untuk matikan rumput dan lalang ini.
Caranya cuma guna garam! Dikongsi oleh pemegang akaun Tik Tok Kak Tin Geng Kebun, ini cara yang boleh kita praktikkan.
Tip matikan rumput guna garam
1. Sediakan garam kasar, cari yang harga murah saja.
2. Kemudian tabur saja garam ini atas rumput yang meliar sekeliling rumah. Boleh tabur atas rumput tepi pasu yang malas kita cabut. Tabur rata-rata ya.
3. Kalau cuaca panas keesokan harinya rumput akan menguning dan kering. Tapi garamnya masih ada.
Kawasan yang ditabur dengan garam ini, rumputnya akan ambil masa yang lama untuk tumbuh semula. Rumput yang kering tadi akan mati dan reput hingga kita tak nampak lagi.
4. Bagusnya selain rumput mati garam kasar ini juga akan menghindarkan masalah siput babi, lipan dan juga ular.
Kuih qasidah ini antara kuih tradisi yang jarang kita jumpa orang menjualnya. Kalau ada pun pada bulan puasa. Salah satu sebabnya mungkin tak ramai yang mahir membuat kuih ini.
Walhal rasa kuih qasidah ini cukup sedap, dengan lemakmanis tambah pula dengan taburan bawang goreng di atasnya. Elok juga kalau kita belajar membuat kuih tradisi ini. Caranya boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Cahaya Indah ini. Sukatan yang digunakan hanya satu cawan tepung jadi memang sesuai untuk yang baru mencuba.
Resipi kuih qasidah yang mudah
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 cawan setengah air
1 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur
2 biji bawang merah
Cara membuat
1. Campur semua bahan kecuali bawang dalam bekas dan kacau sampai sebati.
2. Kemudian masuk adunan dalam periuk dan masak menggunakan api perlahan. Kacau sampai 15 minit. Jika suka warna kuning bubuh sedikit pewarna kuning ketika ini.
3. Dalam pada itu sapu loyang dengan sedikit minyak masak.
4. Selepas mengacau 15 minit, adunan masak dan jadi berkilat. Bolehlah dituang pada loyang tadi.
5. Potong bawang nipis nipis dan gaul dengan secubit garam (jangan lebih supaya tak masin). Kemudian goreng bawang dgan sedikit minyak sampai garing kekuningan. Tutup api.
6. Tabur bawang goreng tadi di atas kuih qasidah bersama sedikit minyak goreng bawang tadi. Siap! Biarkan sejuk kemudian barulah dipotong.
Tanaman tak layu bila balik kampung lama untuk sambut raya nanti, boleh buat self watering system cara bajet ini.Jadi kebiasaan bila menyambut Aidilfitri kita...