Buat Sendiri Aiskrim Yang Rasanya ‘Sebijik’ Macam Baskin Robbins. Guna 3 Bahan Saja

Share

Waktu cuaca panas tengah hari atau petang dapat makan aiskrim memang sedap. Dapat pula aiskrim yang rasanya macam aiskrim Baskin Robbins, lagilah syok.

Kalau tekak rasa teringin nak makan aiskrim ini, apa lagi buat saja sendiri. Caranya dikongsi oleh Ameera. 

Nak buat pun senang, bahan cuma 3 saja. Rasanya sumpah sedap!

Tak perlu guna tenaga sangat pun, semua bahan hanya diblend. Lagi best kalau guna “Primada Smart Cooking Blender”  ni, tak percaya cuba tengok.

Cara buat aiskrim yang rasanya macam aiskrim Baskin Robbins

Bahan-bahan
Whipping cream – 2 kotak
Milo – 4 sudu besar
Susu pekat – setengah tin

Cara membuat:

1.Tidak perlu letak air, blend semua bahan.

2.Selepas semua bahan sebati terus masukkan dalam bekas.

3.Sejukkan dalam peti ais bahagian atas supaya keras selama 4 jam.

Dah siap aiskrim Baskin Robbins buatan sendiri, walahhhhh! Sumpah sedap.

Boleh letak dalam cawan, tabur dengan coklat chip dan sebagainya ikut citarasa.

Selamat mencuba.

Sumber: Ameera.

IKLAN