Buat Sendiri Apam Nasi Yang Lembut Gebu. Guna Sukatan Cawan Lagi Mudah

Share

Nasi sejuk selain dari buat nasi goreng, letak dalam cucur kita juga boleh buat apam nasi.

Ada dua cawan lebihan nasi pun dah boleh buat apam nasi. Caranya boleh ikut perkongsian Rashida CikDa

. Lagi mudah resepi ini guna sukatan cawan saja, hasilnya memang lembut dan gebu.

Buat sendiri apam nasi

Bahan-bahan

2 cawan nasi
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
2 SDK yis
2 1/2 cawan air

Cara membuat:

1. Kisar nasi bersama gula dan air hingga hancur sebati.

2. Dalam bekas lain, campur semua tepung dan masukkan sekali yis.

3. Curah nasi yang dikisar tadi dalam tepung. Gaul sebati.

4. Bahagikan adunan dan warnakan jika nak apam nasi berwarna.

5. Perap selama tiga jam.

6. Masukkan dalam acuan dan kukus selama 10-15 minit untuk acuan kecil atau 45 minit untuk loyang besar.

7. Dah masak boleh hidang dengan kelapa parut atau makan begitu saja pun sedap.

Selamat mencuba.

Sumber: Rashida CikDa.

IKLAN