Buat Sendiri Apom Lengang Yang Lembut, Tepi Rangup Sebijik Macam Beli Di Pasar Malam

Share

Kuih apom lenggang ini hidangan yang popular di negeri sebelah Utara. Sedap makan dengan kaya, gulai ataupun sambal.

Cuma nak jumpa orang Melayu jual tak ramai. Jadi kalau nak makan kena usaha buat sendiri. Nak cuba buat? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nor Atika Nazirah.

Buat sendiri apom lenggang

Ini kuih kegemaran sis masa kecik-kecik dulu. Kuih ni sangat famous belah utara. Selalu balik sana susah nak jumpa orang melayu jual. Ada pun peniaga berbangsa India yang jual.

Jadi kita buatlah sendiri kalau teringin. Tak sangka menjadi apom lengang sis. Tepi2tu crunchy sangat, tengah pula lembut. Sebijik rasa macam yang beli kat pasar malam.

Bahan-bahan:


1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1 biji telur
1 cawan air
1 cawan santan
1/2 cawan kelapa parut (jika suka)
1st mauripan
Sedikit garam

Cara membuat :

1. Masukkan semua bahan dalam blender kecuali kelapa parut. Kisar.

2. Bila semua dah sebati, tapis ke dalam bekas dan tutup. Perap selama sejam.

3. Kemudian buka dan kacau adunan dan masukkan kelapa parut kacau hingga sebati.

4. Seterusnya panaskan kuali sapu minyak, masukkan adunan sesenduk kemudian lenggang dan tutup. Bila dah agak masak dan kekuningan boleh angkat dan gulung. Siap.

Selamat mencuba.

Sumber: Nor Atika Nazirah

 

IKLAN