Menu ayam bawang ini memang kegemaran kalau makan di restoren nasi kandar. Malah ada juga yang sanggup ke restoren nasi kandar di Penang semata untuk makan lauk ayam bawang ini.
Mesti ramai juga yang tertanya-tanya macam manalah nak buat ayam bawang yang sedap ni. Okay, ini dia cara membuatnya ya, dikongsi oleh orang Penang sendiri Che Atie.
Cara buat ayam bawang Pulau Pinang
1. Sediakan bawang besar selabu dimayang halus, daun pandan sehelai di potong empat, daun kari setangkai dan ayam digaul garam kunyit.
2. Mula-mula goreng bawang yang dimayang sehingga kekuningan dan toskan.
3. Minyak goreng bawang tadi guna goreng ayam garam kunyit. Goreng ayam tiga perempat masak.
4. Gunakan minyak goreng ayam tadi satu senduk dan tumis daun pandan, daun kari, rempah empat sekawan.
Ads
5. Masuk pes halia bawang putih dan kacau.
6. Masuk pes bawang besar satu labu yang dikisar dengan air. Masuk pes dulu, kacau kemudian baru masuk air bawang untuk kuah.
Ads
7. Seterusnya masuk 2 sudu serbuk cili, 1sdk serbuk kunyit, 1sdk serbuk jintan manis dan jintan puteh, 1 sudu serbuk kari daging, setengah sudu garam masala. Kacau.
8. Masuk 1 sudu sos cili, sos tamato, sos tiram. Kacau.
9. Masuk garam gula secukup rasa, Che atie pakai gula perang. Garam jangan masuk banyak sangat sebab ayam goreng kunyit tadi dah masin. Gaul biar sebati, kuah biar pekat.
Ads
10. Masuk ayam yang digoreng tadi, kacau biar sebati.
11. Akhirnya sekali masuk bawang yang digoreng tadi. Kacau, siap!
Sambal bilis ada macam-macam versi, ada sambal bilis cili padi, sambal bilis kering, sambal bilis rangup dan macam-macam lagi. Satu lagi sambal bilis yang boleh kita cuba adalah sambal tomato ikan bilis goreng.
Rasanya memang mantap, meratah pun sedap. Boleh makan dengan nasi, pulut, nak makan dengan lontong pun sedap. Nak cuba buat, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad
Bahan digoreng:
1/2 mangkuk ikan bilis (guna mangkuk gulai)
1 inci belacan
Minyak sikit untuk goreng
Bahan ditumbuk kasar:
4 biji cili merah dipotong kasar
2 biji tomato dipotong 8
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
Bahan lain
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula (ikut cita rasa)
1 inci gula melaka
Cara membuat:
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan digoreng. Goreng hingga masak dan ketepikan
2. Keluarkan minyak, kemudian tumis bahan yang sudah ditumbuk kasar. Kacau rata minyak terbit minyak.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan belaca yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Masukkan pula gula Melaka tadi, biarkan sampai hancur. Baru masukkan garam dan gula. Rasa dan dan tambah apa yang patut jika kurang.
Siap, boleh makan dengan nasi panas bersama ulam, petai, pulut atau lontong. Memang terangkat.
Ramai saja kalangan kita yang membeli rumah secondhand. Harganya memang lebih murah berbanding kediaman yang baru dibangunkan tapi biasanya ia datang dengan pakej kerja pembersihan.
Bahagian paling mencabar selalunya bilik air atau tandas. Lantai kotor, dinding berkarat, memang jenuh nak menyental.
Bagi korang yang berdepan masalah begini boleh ikuti tutorial deep cleaning bilik air yang dikongsi oleh Hani Mynis ini.
Deep cleaning bilik air
The downside of buying secondhand house, dia datang sekali dgn pakej bilik air yang kalau tengok boleh hilang selera makan seminggu. Ha ha.
Tapi berita baiknya, dapatlah Hani buat tutorial utk uols macam mana utk buat deep cleaning bilik air ha!
Kecuali Zip cream cleanser tu, semua bahan pencuci Hani beli dari Eco.
1. Keadaan bilik air sebelum ‘operasi’
2.Tuang peluntur tak perlu bancuh
Tuang Clorox atau peluntur straight from bottle dia. Tak perlu bancuh dulu dgn air. Hati-hati masa guna Clorox ni takut terpercik kat mata ke. Pakai sarung tangan, face mask, goggles kalau perlu.
Biarkan peluntur tu bertindak balas dgn kotoran sambil kita buat kerja lain. 10-30 minit pun ok. Dibiarkan semalam lagi bagus.
3. Jenis-jenis kotoran dalam bilik air
4. Bahan untuk bersihkan kotoran
Gunakan magic span dan juga pembersih kotoran jenis ini untuk hilangkan kesan watermark dan soap scum.
5. Sental kotoran dan tengoklah hasilnya
6. Cara bersihkan soap scum pulak
Sebelum tu kita kikis dulu kesan soap scum
7. Sental dengan magic span dan pencuci Zip
Lepas kikis sental kotoran dengan magic span dan Zip tadi. Gunakan kaedah sama untuk bersihkan soap scum yang ada kat dinding.
Dah bersih!
Siap bersih satu bilik air!
Teknik cuci bilik air ni bukan untuk rumah secondhand saja, kalau kat rumah sendiri ada kotoran macam ni pun boleh praktik cara yang sama.
Jika dua hari lepas kita menyaksikan situasi pembelian panik di pasar raya, semalam pula lain keadaannya. Menjelang malam orang ramai berkumpul di balai polis terdekat untuk mendapatkan pelepasan keluar daerah/ negeri selepas diarahkan berbuat demikian apabila berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini.
Ramai yang mengambil kesempatan selama tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan untuk pulang ke kampung. Namun akibat kesesakan yang berlaku, arahan tersebut ditarik balik malam tadi.
Pun begitu sebagai tanggungjawab sosial kita kepada masyarakat supaya virus ini tidak menular, kita diminta untuk tidak keluar daerah/negeri. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pengecualian pergerakan rentas negeri ini hanya dibolehkan untuk sebab berikut:
1. Kematian ahli keluarga terdekat 2. Sakit tenat ahli keluarga terdekat 3. Rawatan perubatan diri sendiri dan ahli keluarga
Meski permit pelepasan pergerakan antara negeri ditangguhkan sementara waktu diharap orang ramai mematuhi perkara ini.
Tempoh 14 hari kawalan pergerakan ini adalah untuk memutuskan rangkaian jangkitan virus Covid-19 yang telah menyaksikan dua kematian di Malaysia semalam.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...