Makan

Buat Sendiri Ayam Cili Kering Stail Cina Muslim. Dah La Sedap, Mudah Pula

Share

Ayam cili kering ini antara yang hidangan kalau makan di restoren Cina Muslim. Kombinasi rasa pedas, manis, masam ini yang membuatkan ia sedap.

Kalau selama ini selalu makan di restoren, cuba buat sendiri pula. Sebab caranya mudah sangat. Resipinya ada dikongsi oleh Fatin Pauzi.

Cara buat ayam masak cili kering stail Cina Muslim

Bahan-bahan

Bawang merah – mayang dan potong besar (2 versi)
Bawang putih – mayang
Lada besar 1 biji – mayang
Cili padi 3 biji – mayang
Cili kering 10 tangkai – potong kecil kecil
Daun kari
Sos cili, sos tomato dan sos tiram
Pes asam jawa
Tepung gandum
Telur

Cara membuat :

1) Ayam dipotong kecil.

2) Selepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Kemudian goreng hingga garing.

3) Toskan minyak ayam.

4) Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.

5) Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.

6) Letak semua sos tadi secukupnya, ikut kuantiti ayam.

7) Tuang sedikit air. Kacau dan biar sedikit pekat. Kemudian masukkan pes asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.

9) Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.

10) Bila sebati, biar sekejap dan siap! Mudah kan?

Selamat mencuba

Sumber: Fatin Pauzi

IKLAN