
Ini antara hidangan yang selalu kita makan di restoren Thai. Memang sedap, dan kalau nak buat sendiri pun boleh.
Boleh guna bahagian isi ayam yang sering ‘tak berapa laku’ bila kita goreng. Tapi kalau dah jadi ayam pandan confirm cepat saja licin.
Cara membuatnya dikongsi oleh Nick Arelieya
Cara buat ayam pandan
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam – boleh guna bahagian isi
1 paket jintan manis#
1/2 paket ketumbar#
1 paket kecik rempah kari
1 paket serbuk lada kering
4 biji bawang merah#
1 labu bawang putih#
10 tangkai lada kering#
1 inci halia#
Garam
Gula
Aji
Madu
Cara membuat:
1. Kisar bahan yang bertanda.
2. Kemudian potong ayam, jangan besar sangat nanti tak muat untuk bungkus dalam daun pandan. Basuh dan tos.
3. Campurkan semua bahan kisar tadi bersama ayam. Gaul rata.
4. Hiris halus daun kunyit dan campurkan sekali kemudian perap ayam yang siap digaul. Lagi lama lagi sedap.
5. Kemudian bolehlah dibungkus begini.
6. Selepas perap bolehlah digoreng, guna api sederhana besar supaya isi ayam masak dan daun tak hangus.
Nota: Untuk lebih mudah dan hidangan lebih sihat boleh juga bakar dengan air fryer.
Selamat mencuba
Sumber: Nick Arelieya
Dah Tutup Suis Tapi Tak Cabut Plug, Arus Elektrik Masih Mengalir. Itu Sebab Kita Perlu Cabut Plug!

Antara tip untuk menjimatkan bil elektrik yang sering kali diasarankan adalah mencabut plug barang elekterik jika tak digunakan. Tapi ramai tak tahu kenapa ia perlu dilakukan, bagi kita bila suis dimatikan dah cukup.
Hal ini kerana terdapat sesetengah barangan elektrik masih menyimpan tenaga elektrik walaupun suis sudah dimatikan.
Berikut adalah penjelasan @abgletriqq dalam satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok. Beliau yang selalu berkongsi tip tentang barang elektrik ini menjelaskan ia perlu dilakukan kerana terdapat sesetengah barangan elektrik masih menyimpan tenaga elektrik walaupun suis sudah dimatikan.
“Ada sesetengah produk elektrik sebenarnya ada load current yang akan masuk walaupun kita dah tutup suis. Ia dikenali sebagai Phantom Power atau Standby Power.
“Ia akan terjadi pada barang elektrik yang ditutup suiz tapi tak cabut plug. Antara barang elektrik yang berkemungkinan terjadi Phantom Power ataupun Standy Power ini yang saya betul-betul pasti adalah mesin basuh front load.
“Sebab itu sebelum ini dalam video tip jimat elektrik saya sebelum ini, saya syorkan cabut plug mesin basuh. Load elektrik akan standby di bahagian pc board walaupun kita sudah tutup suis,” katanya.
Selanjutnya beliau menasihatkan orang ramai membiasakan amalan mencabut plug agar tidak berlaku insiden terlupa matikan suis plug khususnya sewaktu meninggalkan rumah yang dah tentu memberi kesan bil elektrik. Jika dah cabut plug kita takkan ada kejadian tak tutup suiz.
@abgletriqq Replying to @lipaskipasvvt tak semua..tapi bagus kalau kita cabut plug sebenarnya😊 #homeelectricalproducts #tipsandtricks #tips #abgletriqq #fyp ♬ original sound – ABG.LETRIQQ
Tip Buat Sendiri Teh Ais Pekat Kaw, Manis Berlemak. Tambah Sikit Susu Jenis Ini!

Peminat teh ais memang ramai kan! Sebab itu banyak gerai yang jual. Dapat minum yang kaw, dan sejuk memang nikmat terutama bila cuaca panas.
Kadang-kadang kat rumah pun boleh teringin nak minum teh ais macam ni. Tak perlu susah keluar atau order online, kita buat saja sendiri teh ais kaw!
Caranya dikongsi oleh Miz Juejue.
Buat sendiri teh ais kaw, manis berlemak
Untuk peminat teh ais! Cara membuatnya untuk satu gelas saiz ini.
1. Masukkan 2-3 sudu teh serbuh teh (saya guna teh Barra, teh dari Kedah bukan teh merah Thailand ya). Klik SINI untuk beli di Shopee.
2. Rendam dengan air yang betul-betul panas (saya guna air Cuckoo saja). Nak lagi kaw boleh masak teh ini dalam periuk sampai menggelegak
3. Biarkan rendam serbuk teh tapi sampai suam. Kemudian tapis.
4. Selepas itu boleh tambah susu pekat ikut kemanisan yang disukai.
5. Kemudian tambah 2-3 sudu susu cair untuk rasa lemak! Jangan tambah air lagi selepas bancuh, nanti cair.
6. Tambahkan ketulan ais, siap untuk diminum. Jika nak buat satu jag boleh gandakan bahan-bahan.
Selamat mencuba!
Sumber: Miz Juejue.
Jangan Bebankan Orang Tua, Boleh Ikut Cara 7 Beradik Ini Pastikan Belanja & Kerja Rumah Beres Waktu Beraya Di Kampung

Isi Kandungan
Toggle
Dalam keseronokan nak menyambut Aidilfitri di kampung di rumah ibu ayah kita ramai yang terlepas pandang tentang bajet raya. Meski beraya di kampung takkanlah nak biarkan mak ayah kita menanggung segala perbelanjaan selama kita berada di sana.
Belanja ini bukan sedikit yalah bila dah ramai keperluan makanan dah tentu banyak, itu belum masuk hidangan untuk tetamu, dan juga barang kegunaan rumah. Jadi tanggungjawab anak untuk melangsaikannya.
Supaya tak terbeban, boleh ikut cara Musleha Mohd Tahrir bekerjasama mengatur bajet raya mereka. 7 adik beradiknya sepakat menyimpan sejak awal untuk memastikan segala keperluan ketika mereka berada di kampung beres dan tidak menyusahkan orang tua.
1. Setiap adik beradik kena sumbang RM200
Seawal bulan Syaaban saya sudah menyampaikan idea agar kami 7 beradik memberi seorang RM200 yg kami panggil sebagai #tabungraya. Saya bagi cadangan awal agar masing-masing bersedia sebelum duit tersebut habis beli baju raya. Maklum le masing-masing anak ramai.
Sebagai pengenalan, kami 7 beradik, 7 menantu, 31 cucu. Kami sepakat dan set time agar giliran beraya dgn Mak Bapak di Pagoh pada tahun yg sama. Jadi semua org boleh berjumpa.
2. Bentuk AJK untuk buat kerja selama di kampung
Hasil kutipan #tabungraya sebanyak rm1400 kami letak je dalam beg duit dan sangkut kat dapur. Sebab memang konsep #tabungraya ni tiada bendahari. Sesiapa yg kena pergi belanja barang dapur, ambik je. Tak perlu resit belian bagai. Sebab kami saling mempercayai.
Bukan #tabungraya sahaja yg diwujudkan malah AJK juga dibentuk bagi melancarkan perjalanan sepanjang berhari raya di kg. Semua org terlibat dari yg kena pergi pasar, basuh ayam, potong daging, tumbuk kacang tanah, susun kuih raya dan macam-macam tugasan lah. Seorang pun tak terkecuali. Kecuali yg baby lah kan… hihi…
3. Menu raya dah bincang
Persiapan bahan masak diurus oleh anak-anak sedara. Tukang masak sudah tentulah mak-mak sedara otai yg terror masak ni. Atok cuma jadi pengarah urusan. Kadang-kadang kami lebih berkuasa menentukan apa yg perlu kita masak hari tu. Atok ngikut je.
Menu hari raya juga dah bincang awal. Bukan sebab apa, sebab senang nak belanja beli barang. Setiap menu ada ketua chef, pembantu chef dan AJK.
Raya pertama : ketupat, rendang daging, sambal kacang, kari ayam, lodeh. Ini menu wajib yg tak pernah lagi diderhakai(ketupat anyam pun dibahagikan kepada 3 beradik) kecuali saya sebab tak pandai menganyam…. keke….
Raya kedua : nasi ayam
Raya ketiga : nasi putih, asam pedas, ikan caru sumbat, kerabu tauge, sayur kucai+tempe
Raya keempat : nasi putih, tomyam, ayam masak kicap, telur dadar.
Bukanlah kami ni sibuk masak sampai tak beraya. Kami akan mula operasi masak awal. Siap masak dan berhidang elok-elok kat luar baru kami adik-beradik keluar beraya. Siapkan semuanya untuk memudahkan Mak Bapak nak layan tetamu.
4. Pastikan setiap famili urus kain baju sendiri
Haaa, satu lagi bakul kain baju kami pun masing-masing. Masing-masing urus kain baju anak masing- masing. Tapi kisah sadis dihari raya ialah mesin basuh auto Mak rosak pulak malam raya tu.
Dan masa rosak tu, masa saya yg sedang guna. Huhu….sadis sungguh! Nasib baik mesin basuh semi-auto Mak boleh guna lagi. Ada yg pergi dobi je kat pekan Pagoh. Saya 2x pergi dobi tapi orang ramai ya amat! Maka basuh lah guna semi-auto dengan tabahnya.
5. Sebelum balik upah orang cuci rumah, bayar bil
Duit lebihan #tabungraya kami upah orang cuci rumah. Cuci tandas, bilik air, mop rumah semua. Lebihan duit lagi kami bagi kat Mak Bapak untuk bayar bil api & bil air.
Anak-anak remaja dan kanak-kanak ni boleh buat kerja kalau kita yang dewasa ajak dan ajar. Bukan nak nafikan hak mereka untuk bersuka ria di hari raya bersama sepupu sepupu tapi bila diberi tanggungjawab mereka lagi suka.
Mereka akan rujuk kertas di peti ais senarai AJK. Nanti akan ada saja yg tukang baca senarai AJK tu.Time raya dan berkumpul inilah kita nak sepakat. Buat kerja sama-sama, makan sama-sama, raya sama-sama. Semua sama-sama. Berlapang dada semuanya.
Malam raya kami buat tahlil yg diketuai oleh Bapak. Siap ada yg jadi emcee lagi! Selamat Hari Raya semua.
Maaf zahir batin.
Saya sayang semua ahli keluarga saya lillahi taala.
Sumber: Musleha Mohd Tahrir