Buat Sendiri Beef Stew Yang Enak Tanpa Pressure Cooker.
Beef stew ini antara hidangan yang agak mahal kalau dimakan di restoren. Paling sedap bila dicicah dengan garlic bread.
Walaupun nampak seakan kari tapi rasa beef stew ini menjurus kepada rasa kuah bolognese, pizza atau lasagna. Cukup enak kerana menggunakan daging ribeye yang paling enak, selain dimasak kaedah slow cook hampir tiga jam membolehkan dagingnya sebati dengan rempah dan sos.
Jadi bagi yang tiada pressure cooker boleh saja menggunakan cara yang dikongsi Wan Luqman ini untuk menyediakannya. Jangan risau dagingnya memang lembut, terus hancur bila digigit.
Daging (disyorkan daging 67, ribeye, atau ekor boleh dibeli di kedai frozen food)
1 tin besar tomato puri
Lada hitam kasar
Beef stock (Knorr atau Masako)
Sos Worcestershire
Batang saderi -dipotong
Tomato -dipotong
Bawang Holland dan bawang putih -dicincang
2 helai daun salam
Mix herbs
1/2 sm tepung gandum
Butter & minyak masak
Sedikit garam dan gula
Kentang dan lobak merah -dipotong
2. Setelah daging agak garing, alihkan ke tepi periuk. Proses ini akan membantu mencipta “essence” daging yang sedap.
3. Dalam periuk yang sama, tumis bawang holland, bawang putih, dan tomato sehingga wangi.
4. Tambahkan sedikit tepung gandum untuk membentuk roux (campuran butter dan tepung) yang berfungsi untuk memekatkan kuah stew nanti.
5. Masukkan air berdasarkan kepekatan kuah yang diinginkan. Gunakan tin tomato puree untuk mengukur, iaitu 3 kali sukatan tin untuk air.
6. Sambil air memanaskan, kikis sisa daging yang melekat di periuk untuk mendapatkan lebih banyak rasa daging.
7. Tambahkan beef stock, Worcestershire sauce, tomato puree, sedikit brown sugar, garam, serbuk paprika, lada hitam kasar, daun salam, dan mix herbs. Kacau rata.
8. Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam periuk.
9. Akhir sekali, masukkan ubi kentang dan lobak merah. Jangan terlalu banyak ubi kentang supaya kuah tidak terlalu pekat.
10. Biarkan stew dimasak dengan api kecil selama 3 jam atau sehingga daging benar-benar lembut dan mudah hancur.
INFO: Stew ini juga boleh disimpan di dalam peti beku dalam bekas yang berasingan mengikut kuantiti yang diperlukan. Mudah apabila teringin, cuma panaskan sahaja!
Sumber: Wan Luqman
Baca Lagi : Cara Buat Kari Daging Indian Style Yang Sedap & Bikin Ketagih