Buat Sendiri Biskut Almond London, Guna Sukatan Cawan Lebih Mudah. Raya Tahun Ini Kita Buat Sendiri

Share

Salah satu kuih raya yang kena masuk list kena ada atas meja raya adalah Almond London. Memandangkan harga biskut raya pun semakin naik, elok juga kita buat sendiri.

Untuk lebih mudah boleh guna resipi sukatan cawan Erma Azizie. Kata beliau resipi ini dah bertahun-tahun digunakan dan memang menjadi.

Biskut Almond London sukatan cawan

Bahan-bahan:
1 buku butter (250gm)
1 cawan gula halus
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan badam kisar (saya guna badam nib, bakar hingga perang, sejukkan & kisar) – boleh juga guna serbuk badam
1 sudu teh emplex
150 biji badam biji (bakar 10 minit)
Paper cup hitam
Coklat masakan
Pencair coklat atau cocoa butter (teksturnya macam lilin)

Bahan hiasan:
Badam cincang / coklat urai /gula manik

Cara membuat:

1. Pukul butter & gula guna senduk kayu hingga sebati.

2. Kemudian masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, emplex dan badam kisar.

3. Uli sampai jadi doh.

3. Bila dah jadi doh, ambil sedikit gentel kecil-kecil. Ratakan dan masukkan badam sebiji kemudian tutup dan gentel jadi bentuk bulat lonjong.

4. Bakar selama 15 minit 160° ikut oven masing-masing. Dah masak sejukkan.

5. Cairkan coklat guna kaedah double boil & ditambah sedikit pencair coklat.

5. Bila biskut dan sejuk boleh celup dalam coklat & masukkan dalam cup lalu hias guna manik / gula urai.

6. Akhirnya sekali masukkan sebentar biskut dalam peti sejuk, supaya coklat cepat mengeras. Kemudian boleh simpan dalam balang. Siap!

INFO
-Tujuan guna pencair coklat adalah supaya coklat tak lekat terlalu banyak pada biskut & bila dah keras, permukaan coklat akan lebih licin.

-Dicadangkan menggunakan paper cup berwarna hitam, supaya tidak kelihatan comot pada paper cup.

Selamat mencuba.

Sumber: Erma Azizie

IKLAN