Salah satu kuih raya yang kena masuk list kena ada atas meja raya adalah Almond London. Memandangkan harga biskut raya pun semakin naik, elok juga kita buat sendiri.
Untuk lebih mudah boleh guna resipi sukatan cawan Erma Azizie. Kata beliau resipi ini dah bertahun-tahun digunakan dan memang menjadi.
Biskut Almond London sukatan cawan
Bahan-bahan:
1 buku butter (250gm)
1 cawan gula halus
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan badam kisar (saya guna badam nib, bakar hingga perang, sejukkan & kisar) – boleh juga guna serbuk badam
1 sudu teh emplex
150 biji badam biji (bakar 10 minit)
Paper cup hitam
Coklat masakan
Pencair coklat atau cocoa butter (teksturnya macam lilin)
Bahan hiasan:
Badam cincang / coklat urai /gula manik
Cara membuat:
1. Pukul butter & gula guna senduk kayu hingga sebati.
2. Kemudian masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, emplex dan badam kisar.
Ads
3. Uli sampai jadi doh.
3. Bila dah jadi doh, ambil sedikit gentel kecil-kecil. Ratakan dan masukkan badam sebiji kemudian tutup dan gentel jadi bentuk bulat lonjong.
Ads
4. Bakar selama 15 minit 160° ikut oven masing-masing. Dah masak sejukkan.
5. Cairkan coklat guna kaedah double boil & ditambah sedikit pencair coklat.
Ads
5. Bila biskut dan sejuk boleh celup dalam coklat & masukkan dalam cup lalu hias guna manik / gula urai.
6. Akhirnya sekali masukkan sebentar biskut dalam peti sejuk, supaya coklat cepat mengeras. Kemudian boleh simpan dalam balang. Siap!
INFO
-Tujuan guna pencair coklat adalah supaya coklat tak lekat terlalu banyak pada biskut & bila dah keras, permukaan coklat akan lebih licin.
-Dicadangkan menggunakan paper cup berwarna hitam, supaya tidak kelihatan comot pada paper cup.
Satu perkara yang mungkin boleh mendebarkan pemandu bila tiba di persimpangan yang besar namun lampu isyarat rosak.
Dengan keadaan kereta yang tak putus-putus, bersumbat-sumbat sebenarnya siapa yang perlu jalan dulu?
Supaya kita tak lagi terkeliru bila berdepan situasi lampu isyarat rosak, berikut adalah panduannya.
Lorong mana dapat keutamaan laluan
1. Sebaik sahaja anda ketahui lampu isyarat di jalan tersebut sedang rosak, anda haruslah memperlahankan pergerakan kenderaan.
2. Beri laluan kepada kenderaan yang mendahului anda semasa memasuki persimpangan.
3. Sekiranya anda dan kenderaan yang lain tiba pada waktu yang sama, berilah laluan kepada kenderaan yang datang daripada sebelah KANAN terlebih dahulu.
4. Pastikan anda tidak berasa teragak-agak dan teruskan pemanduan dengan lebih berhati-hati.
Simpang tanpa lampu isyarat tapi ada isyarat berhenti
Ada juga persimpangan tanpa lampu isyarat tapi ada tanda berhenti I LALUAN.Kereta A perlu memberikan keutamaan laluan kepada kereta B terlebih dahulu.
Di persimpangan ini, pemandu seharusnya:
Berhentikan kenderaan sehingga tiada sebarang lintasan trafik di hadapan atau dari arah kanan.
Berikan laluan kepada kenderaan yang hadir dari arah kanan atau hadapan.
Balik kampung mak goreng ikan, lauk ini saja tapi rasa punyalah sedap. Ikan goreng saja pun, siap ratah-ratah 2-3 ekor lagi. Tapi hairannya bila kita goreng sendiri tak pula rasa sesedap itu.
Ha…sebenarnya untuk hasilkan ikan goreng yang sedap, mak kita tak letak kunyit dan garam saja. Ada bahan lain yang digaul bersama garam dan kunyit untuk menjadikan ikan goreng sedap.
Menerusi perkongsian Nur Darwisya Qasdina, ini tip yang dikongsi. Diperolehi daripada ibu mentuanya, kata beliau untuk memastikan ikan goreng sedap selain garam dan kunyit gaul sekali ikan dengan asam jawa.
Letak asam jawa, rahsia mak mentua buat ikan goreng sedap
Selama 35 tahun hidup. Ini first time makan ikan goreng sedap. Ikan goreng saja pun tapi tu pun nak kecoh orang cakap.
Tapi cuba korang try buat baru tahu nikmatnya. Memang lain daripada yang lain. Ini cara yang ibu mentua saya ajar;
– Gaul ikan dengan asam jawa, bersama garam dan kunyit.
– Lumur rata dan perap sekejap. Tapi jika nak goreng terus pun boleh saja.
– Ikan yang digoreng akan bertukar warna jadi hitam sama juga dengan minyak. Tapi jangan bimbang rasanya memang sedap sangat.
– Jika ratah memang tak sedar 2-3 ekor sorang-sorang.
Sushi antara makanan luar negara yang semakin digemari oleh masyarakat Malaysia. Apatah lagi sushi yang diolah ikut cita rasa Malaysia.
Jika biasanya menu dari Jepun ini menggunakan nasi, rupanya kita boleh tukar menggunakan roti saja. Kreatif kan orang kita! Untuk yang sedang diet atau tak mahu makan nasi boleh buat sushi ini.
Hidangan sushi roti sandwic ini memang takkan jumpa di kedai, jadinya kena buat sendiri. Cara membuatnya dikongsi Shahrul Bieha.
Cara buat sushi guna roti keping
Bahan-bahan
Seaweed roasted – potong dua (untuk buat sushi)
Roti keping (Gardenia) – dilenyek
Salad – secukupnya
Lobak merah – dipotong memanjang
Sosej – potong dua/crabstick celur
Gravvy, topping, lagi banyak lagi sedap
Sos cili
Mayonais
Thousand Island/keju
Bijan
Cara membuat:
1. Sapu mayonis pada roti depan dan belakang
2. Susun roti pada seaweed yang telah dipotong dua. Saya pakai 1 1/2 atau 2 keping roti lenyek.
3. Susun lobak merah, sosej, daun salad macam buat sandwic.
4. Gulungkn sandwic kemudian potong kepada 5 bahagian.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...