Buat Sendiri Coney Sosej Ala A&W Kalau Nak Jimat. Hidang Dengan Air Sarsi, Lengkap!

Share

Hujung bulan, belum gaji tapi teringin pulak nak makan Coney sosej ala A&W. Kalau turutkan hati pergi pulak bawak satu famili untuk makan di sini memang besar jugak modalnya.

Supaya tak mengecewakan hati, apa kata buat sendiri saja. Lagi jimat dan puas makan. Ya, boleh buat sendiri. Caranya dikongsi oleh Zurina Zulkefli.

Buat sendiri Coney Sosej ala A&W, puas makan!

Coney sosej ala A&W atau bahasa Melayunya, roti sosej bersalut sos daging cincang. Teringin nak makan tapi rasanya boleh buat sendiri je kat rumah. Jimat masa dan boleh dibuat banyak untuk minum petang.

Cara membuat

1. Sediakan bahan untuk sos;

  • 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang holland, 1 biji lobak merah, dan sepaket daging lembu kisar. Cincang halus dan tumis bersama minyak panas.

  • Gaul rata masakan dan masukkan rempah; 2 sudu besar cili kering kisar, 4 s/b sos tomato, 2 sudu kecil serbuk jintan putih, 2 s/k serbuk kari pedas, 2 s/k serbuk cili, 1 s/k serbuk lada hitam, garam secukup rasa dan air secawan. Rasa utama sos ini adalah jintan putih.

  • Kacau sehingga masak. Pastikan sos tidak terlalu cair tidak terlalu kering. Dibiarkan sos seketika.

2. 1 biji bawang holland dipotong dadu dan rendam di dalam air sejuk bersama secubit garam. Kemudian buang air tersebut.

3. Sosej dikukus selama 5 minit, manakala roti dikukus selama 1 minit.

4. Masukkan sosej ke dalam roti, kemudian tuangkan sos daging cincang, dan akhir sekali taburkan bawang holland.

5. Sedia dihidang. Jangan lupa beli air Sarsi sejuk untuk diminum bersama.

Selamat mencuba.

Sumber: Zurina Zulkefli.

IKLAN