Buat Sendiri Daging Masak Merah Macam Makan Di Kedai Tomyam. Satu Lauk Ini Saja Dah Lengkap!

Share

Kalau pergi restoran Thai, daging masak merah ini antara yang selalu kita pesan. Bukan saja sedap, warnanya juga menarik.

Menu ini juga boleh saja jadi lauk kita di rumah untuk makan tengah hari atau malam. Satu menu lengkap, ada daging dan sayur.

Cara membuatnya dikongsi oleh Zetty Azikin Abdullah

, lepas ni tak perlu makan kat kedai lagi.

Buat sendiri daging masak merah ala kedai tomyam

Bahan-bahan:

1 kg daging -(rebus dan hiris) rendam sekejap dengan pewarna merah kemudian baru hiris. Daging ini saya guna separuh saja sebab banyak.
3 sudu makan cili kisar
3 sudu makan sos tiram & cili sos
6 ulas bawang putih (ketuk)
8 biji cili padi merah
5 helai daun limau purut
1 cawan air
Pewarna merah
Garam, gula, serbuk perasa secukupnya

Bahan sayur:

Bawang holland
Lobak merah
Lada benggala merah
Bunga kobis
Kacang panjang
Boleh guna sayur ikut cita rasa

Cara membuat:

1. Tumis cili kisar sampai garing. Dah garing masukkan bawang putih dan cili padi

2. Kacau sekejap 2-3 minit kemudian masukkan sos tiram dan sos cili

3. Masukkan sayur dan daun limau purut.

4. Kacau terus dan masuk air satu cawan.

5. Masuk daging dan kacau. Boleh masukkan pewarna merah, sikit saja.

6. Akhir sekali masukkan bawang, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau lagi 2-3 minit. Siap!

Tengok macam-macam warna terus selera nak makan. Selamat mencuba!

Sumber: Zetty Azikin Abdullah

IKLAN