Buat Sendiri Fucuk Kering, Mudah Rupanya. Homemade Dijamin Bersih & Tak Waswas Makan

Share

Fucuk ini selalu kita gunakan dalam masakan. Biasanya kita beli, rupanya nak buat sendiri pun boleh. Fucuk ini dibuat dari air kacang soya saja.

Sambil-sambil buat sendiri air kacang soya bolehlah buat sekali fucuk ini. Caranya dikongsi oleh Norlela Abdul Lahak

. Dijamin bersih dan kita pun tak was was nak makan.

Buat sendiri fucuk kering, senang rupanya

Bahan-bahan:
1 kg kacang soya (direndam 6 jam)
Chopstick besi atau plastik.
Kain kasa atau penapis serbuk teh

Cara membuat:

1. Kisar kacang soya, letak air paras kacang soya saja.

2. Kemudian masukkan kacang soya kisar ke dalam kain kasa dan perah untuk ambil airnya. Boleh ulang dua kali untuk ambil airnya. Hampasnya boleh dibuang.

3. Dalam kuali atau periuk masak air soya gunakan api perlahan.

4. Tunggu sampai bahagian atas air soya terbentuk lapisan yang berkedut.

5. Kemudian ambil chopstick untuk angkat lapisan fucuk.

6. Bila lapisan fucuk dah diangkat kemudian salai dan jemur.

7. Untuk keringkan fucuk jemur di tengah panas.

Ulanglah proses sampai habis air soya tadi.

Selamat mencuba.

Sumber: Norlela Abdul Lahak

 

IKLAN