
Fucuk ini selalu kita gunakan dalam masakan. Biasanya kita beli, rupanya nak buat sendiri pun boleh. Fucuk ini dibuat dari air kacang soya saja.
Sambil-sambil buat sendiri air kacang soya bolehlah buat sekali fucuk ini. Caranya dikongsi oleh Norlela Abdul Lahak. Dijamin bersih dan kita pun tak was was nak makan.
Buat sendiri fucuk kering, senang rupanya
Bahan-bahan:
1 kg kacang soya (direndam 6 jam)
Chopstick besi atau plastik.
Kain kasa atau penapis serbuk teh
Cara membuat:
1. Kisar kacang soya, letak air paras kacang soya saja.
2. Kemudian masukkan kacang soya kisar ke dalam kain kasa dan perah untuk ambil airnya. Boleh ulang dua kali untuk ambil airnya. Hampasnya boleh dibuang.
3. Dalam kuali atau periuk masak air soya gunakan api perlahan.
4. Tunggu sampai bahagian atas air soya terbentuk lapisan yang berkedut.
5. Kemudian ambil chopstick untuk angkat lapisan fucuk.
6. Bila lapisan fucuk dah diangkat kemudian salai dan jemur.
7. Untuk keringkan fucuk jemur di tengah panas.
Ulanglah proses sampai habis air soya tadi.
Selamat mencuba.
Sumber: Norlela Abdul Lahak
Tip Kalau Nak Beli Earphone Atau Headphone, Tengok Berapa Jalur Pada Hujung Wayar

Isi Kandungan
ToggleEarphone atau headphone antara aksesori yang selalu kita guna bersama dengan handphone mahupun komputer. Penting untuk dengar lagu sambil buat kerja ataupun layan movie sorang-sorang.
Tapi perasan tak pada hujung wayar earphone atau headphone ada jalur? Jalur pada bicu audio inilah yang berperanan memberi kesan dan kualiti bunyi yang dikeluarkan. Kalau nak beli earphone atau headphone sebaiknya tengok berapa jalur yang ada pada bicu audio di hujung wayar tu.
Bicu audio dengan satu jalur
Fungsi ‘earphone’ yang mempunyai satu jalur pada bicu audionya ialah bagi menghasilkan bunyi mono-audio sahaja. Namun, bunyi yang dihasilkan akan dikeluarkan secara terus tanpa memberi kesan stereo.
Satu jalur yang terdapat pada bicu audio tersebut adalah bagi membahagikan kepada dua elemen yang dinamakan sebagai ‘audio’ dan ‘ground’. Alat sokongan muzik jenis ini kurang mendapat sambutan kerana bunyi yang dihasilkan kurang memuaskan bagi peminat-peminat muzik.
Bicu audio dengan dua jalur
Fungsi dua jalur pada bicu audio pula adalah berperanan untuk mengeluarkan audio dengan kesan stereo. Oleh itu, bunyi yang dihasilkan sudah pasti akan memuaskan telinga setiap pendengar dengan dentuman muzik yang sangat baik.
Bicu audio jenis ini pula dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kanan, kiri dan ‘ground’. Disebabkan itu, bunyi yang dikeluarkan bagi kedua-dua ‘earphone’ adalah berbeza namun masih di dalam rentak yang sama. Sudah pastilah, earphone jenis ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan peminat muzik kerana dapat menghasilkan kualiti muzik yang sangat baik.
Bicu audio dengan tiga jalur
Bicu audio dengan tiga jalur merupakan yang paling maju setakat ini. Perkara ini adalah kerana ianya juga dapat menyokong fungsi mikrofon yang dipasang bersama ‘earphone’. Ianya dibahagikan kepada empat bahagian iaitu ‘ground’, kanan, kiri dan juga mikrofon.
Di samping dapat menghasilkan audio yang berkualiti, alat sokongan muzik ini juga dapat menerima audio daripada suara manusia bagi disalurkan ke dalam rangkaian telefon ketika membuat dan juga menerima panggilan.
Sumber: Siakapkeli
Tip Simpan Bawang Kalau Beli Banyak Supaya Tahan Lama, Tak Cepat Busuk

Isi Kandungan
ToggleRamai yang beli stok barang dapur dalam kuantiti yang banyak supaya tak kerap keluar ke kedai selain lebih jimat. Salah satunya adalah bawang.
Tapi bawang yang dibeli dalam kuantiti banyak ini perlu disimpan dengan cara yang betul supaya ia tidak cepat busuk. Dah tentu rugi tambah pula sekarang harganya pun dah mahal.
Supaya stok bawang yang kita beli tahan berminggu-minggu, tak cepat busuk ini cara betul untuk simpan bawang baik bawang segar, bawang yang dikupas atau yang dikisar.
Bawang segar
- Jangan simpan dalam peti sejuk.
- Cara simpan bawang yang betul adalah dengan meletakkannya di tempat yang terbuka dan kering.
- Boleh letak di dalam raga berlubang yang ada pengaliran udara.
- Jangan letak bawang di tempat tertutup, gelap, serta lembap.
- Elak simpan bawang merah bercampur bersama dengan sayur lain, kerana boleh buat bawang cepat busuk.
Bawang dikupas
- Cara simpan bawang merah atau bawang putih yang telah dikupas perlu lebih cermat kerana ia lebih mudah rosak.
- Jangan basuh lepas dikupas kerana kelembapan boleh menyebabkan bawang lembik dan cepat rosak.
- Simpan dalam peti sejuk tapi pastikan bawang dikupas dalam bekas yang kedap udara agar tidak dicemari oleh bahan makanan lain dalam peti sejuk.
Bawang kisar
- Sama seperti menyimpan bawang dikupas ia perlu disimpan dalam peti sejuk.
- Boleh letakkan sedikit garam supaya tidak berkulat.
- Boleh juga disimpan daalam freezer untuk tahan lebih lama.
12 Perkara Isteri Wajib Tahu Tentang Harta Jika Suami Meninggal Dunia

Sehari dua di media sosial panas tentang hal pembahagian harta suami yang meninggal dunia. Ia tercetus bila berlakunya isu dalam hal ini selepas kematian pelawak terkenal Abam.
Ia sekali gus turut memberi kesedaran kepada wanita dan juga masyarakat tentang hak isteri selepas kematian suami. Berikut adalah perkongsian info dari Majlis Agama Islam Selangor tentang perkara tersebut.
1. Jika suami meninggal dunia dan meninggalkan harta tanpa membuat wasiat atau tanpa menghibahkan hartanya semasa hidup, maka semua harta-harta yang halal yang ditinggalkan adalah merupakan harta pusaka yang akan diwarisi oleh isteri dan waris-waris lain mengikut hukum faraid.
2. Jika suami meninggal dunia meninggalkan anak lelaki, anak perempuan, ibu dan bapa, maka mereka juga adalah waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka arwah suami selain daripada isteri.
3. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan, bapa dan adik-beradik, maka waris yang berhak ke atas harta pusaka arwah suami adalah isteri, anak perempuan dan bapa sahaja. Adik-beradik arwah suami tidak berhak.
4. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan dan adik beradik, maka semua itu adalah merupakan waris-waris yang layak mewarisi harta pusaka arwah suami.
5. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan berumur 8 tahun dan anak lelaki berumur 2 hari, maka adik-beradik arwah suami tidak berhak ke atas harta pusaka arwah suami walaupun anak lelaki tersebut baru berumur 2 hari.
6. Jika suami meninggal dunia dan 2 hari sebelum itu telah menceraikan isterinya dengan perceraian secara talaq 1, maka isteri tersebut masih lagi berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.
7. Jika suami meninggal dunia sebaik sahaja selepas akad nikah dengan isterinya, isterinya tetap berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.
8. Jika suami sebelum meninggal dunia menyatakan mengharamkan harta-hartanya diwarisi oleh isteri dan kemudiannya meninggal dunia, isteri tersebut tetap berhak mewarisi harta pusaka arwah suaminya.
9. Jika suami meninggal dunia meninggalkan harta yang berkongsi bahagian dengan isteri, bahagian yang dimiliki oleh arwah suami merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris termasuk isteri mengikut hukum faraid.
10. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri sebagai penama kepada simpanan KWSP, Tabung Haji, Takaful atau seumpamanya, maka isteri hendaklah bertindak sebagai pentadbir untuk membahagikan wang-wang tersebut kepada dirinya dan waris-waris lain yang berhak mengikut hukum faraid.
11. Jika suami meninggal dunia namun harta yang ditinggalkan merupakan harta yang dipinjam, harta yang diamanahkan, harta yang telah diwakafkan, harta yang telah dihibahkan atau harta yang telah dijual, harta-harta tersebut bukan merupakan harta pusaka yang layak
diwarisi oleh isteri.
12. Harta pusaka arwah suami yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan isteri boleh dituntut oleh isteri sebagai harta sepencarian melalui Mahkamah Syariah.
Sumber: Majlis Agama Islam Selangor