Buat Sendiri Garlic Chili Oil Guna 3 Bahan Saja. Inilah Penyedap Bubur Nasi & Sup

Share

Garlic Chili Oil ini memang elok sedia siap-siap di dapur. Kalau makan sup, bubur memang sedap kalau tambah bahan ini. Cicah dengan dumpling pun sedap. Letak dalam nasi goreng Cina pun layan.

Berbaloi buat sendiri sebab ia penyedap hidangan yang mudah sangat disediakan. Guna tiga bahan saja dan tak sampai 10 minit dah siap.

Untuk lebih senang ikut panduan yang disediakan oleh Zurina Zulkefli

yang sudi berkongsi resipi garlic chili oil yang dijual sebelum ini.

Garlic cili oil, senang saja buatnya

Dulu saya berniaga garlic chili oil ni, makin lama permintaan semakin tinggi saya pula tak larat nak buat banyak dalam satu masa. Jadi saya stop. Saya kongsikan resipi, senang saja semua orang boleh buat.

3 bahan-bahan

  • 2 sudu besar chili flakes (ini chili flakes Korea Gochugaru, sebelum ini saya guna jenama Meriah RM2 saja, sedap)
  • Rempah 4 sekawan
  • 7 ulas bawang putih dicincang halus – lagi halus cincang lagi rangup.

Cara membuat

1. Panaskan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil ya. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.

2. Masukkan dahulu rempah 4 sekawan.

3. Kemudian masukkan bawang putih, kacau.

4. Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan, sebab kita tak nak garlic rasa pahit.

5. Masukkan chili flakes dan 2 cubit garam halus untuk rasa sedikit masin.
Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.

Siap.

6. Simpan dalam botol setelah chili oil sejuk. Saya simpan pada suhu bilik, boleh tahan selama 2 minggu. Pastikan paras minyak melebihi chili flakes ya.

Letak dalam bubur nasi, dan sup memang sedap.

Selamat mencuba.

Sumber: Zurina Zulkefli

IKLAN