Siakap 3 rasa ini kalau makan di restoren memang boleh tahan harganya. Sedangkan kalau masak sendiri banyak boleh jimat.
Yelah harga ikan ini ada masa boleh dapat dalam RM10-RM15 seekor. Bahan-bahan lain kebanyakan dah ada di rumah. Tinggal buat saja.
Kalau ada sambutan hari bermakna bolehlah buat hidangan ini di rumah, tak perlulah makan kat luar. Cara masak siakap 3 rasa ini pun sebenarnya taklah susah. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Afy AL Habibi , confirm semua makan sampai licin. Hias cantik-cantik baru nampak special macam makan kat restoren.
Step by step masak ikan siakap 3 rasa
Perapkan ikan 1/2 jam dengan bahan yang telah ditumbuk
-2 hiris halia
-3 ulas bawang putih
-1/2 sudu kecil garam
Saya suka belah ikan ala ‘fillet’. Isi ikan akan lebih rangup dan sedap.
2. Selepas diperap, tabur rata 3/4 sudu besar tepung jagung di depan dan belakang ikan untuk elak ikan melekat dan isinya lebih rangup.
3. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak.
Ads
4. Sementara itu, sediakan bahan yang perlu dipotong:
– 1/2 biji bawang merah- dadu
– 1/2 biji bawang Holland- dadu
– 2 ulas bawang putih – dadu
– 2 helai daun limau purut
– 2 hiris halia- hiris memanjang
– 3 tangkai cili padi merah
– 1 tangkai cili besar hijau
– 1 batang serai- hiris serong
– 1 hiris nanas- hiris dadu
5. Panaskan minyak, gunakan minyak gorengan ikan tadi, masukkan semua bahan yang dipotong kecuali cili dan nenas.
6. Kemudian masukkan pula 1 senduk bahan kisar
– 1/2 biji bawang merah
– 1/4 biji bawang Holland
– 1 ulas bawang putih
– 1/4 sudu kecil ketumbar& jintan putih
– 2 hiris nipis serai
– 1/4 hiris nipis halia
Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
Ads
7. Masukkan pula 1 1/2 senduk cili kering kisar. Tutup kuali dengan penutup seketika. Biarkan ia pecah minyak.
8. Tambahkan 1 senduk cili sos Life, masukkan juga 1 sudu besar sos tiram dan 3/4 gelas air asam jawa (secubit asam jawa + 3/4 gelas air). Kacau sekata dengan api sederhana perlahan.
Ads
9. Perasakan dengan;
– 1 3/4 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam
– 1/2 sudu besar perencah Hilal
10. Akhir sekali masukkan potongan nenas sebelum ditutup api. Masukkan juga sedikit cili potong tadi.
11. Siap! Sedia untuk dicurahkan kuah ini atas badan ikan.
Lalu kawasan rumah jiran tengok pokok cempedak yang ditanam berbuah lebat, lagi best buah semuanya rendah di pangkal pokok.
Sedangkan kita pun tanam pokok cempedak juga tapi buah tak lebat, lagi satu buahnya pula nun tinggi melangit. Memang payah nak petik.
Sebenarnya bagi memastikan buah cempedak berbuah lebat dan tumbuh di pangkal pokok ada caranya. Apa yang perlu dilakukan adalah membuat pangkasan. Caranya dikongsi oleh Mior Zailan
Tip pokok cempedak berbuah lebat di pangkal pokok
Foto: Khairul Hanafi Juhari via Facebook Berkebun D Rumah
Supaya pokok berbuah rendah, pangkas atau potong dahan yang tumbuh pada pangkal pokok dan ia perlu dilakukan sejak awal lagi.
Jika pokok sudah besar, perhatikan bahagian bonggol-bonggol di bahagian yang sudah dipangkas. Sekiranya keluar dahan, ia hendaklah dipangkas lagi. Jangan biarkan dahan membesar.
Bila dipangkas, ia akan mengeluarkan tunas baru dan di sinilah nanti tumbuh putik buah.
Lagi banyak tunas muncul lagi banyak putik buah akan keluar. Makin lebatlah buah cempedak pada pokok kita.
Di rumah kita mesti ada banyak bekas-bekas plastik yang kita dapat bila beli atau bungkus makanan. Sampai banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.
Bagi yang suka bercucuk tanam, bekas bekas makanan ‘tipuware’ ini sebenarnya berguna untuk tanaman hidroponik. Untuk yang baru berjinak-jinak belajar tanam sayur pun elok juga. Tak perlu keluar modal sangat beli pasu, polibeg dan sebagainya.
Caranya dikongsi oleh pengguna Facebook D’ Pro A’Nas
Guna semula bekas makanan ‘tipuware’ untuk tanam sayur
Bahan- bahan yang diperlukan:
Bekas makanan (guna botol air mineral pun boleh)
Kain mikrofiber atau apa-apa kain yang boleh menyedut air.
Cocopeat (hampas sabut kelapa) boleh beli di nurseri
Soldering Ion – untuk membuat lubang
Alumium Foil atau cat
Anak Pokok
Cara membuat
1. Ambil bekas makanan, boleh guna pelbagai saiz. Ikut nak besar mana.
2. Buat lubang menggunakan soldering iron di bahagian bawah untuk masukkan mikrofiber bagi menyerap air. Buat juga lubang pada sekeliling bekas makanan seperti gambar di bawah.
Soldering iron
3. Kemudian masukkan cocopeat dan juga anak benih sayur. Boleh juga terus semai benih atas cocopeat. Dah tanam anak benih kemudian siram.
3. Cari satu lagi bekas untuk isi air dan letak bekas makanan berisi anak benih yang dah berdaun empat di atasnya. Pastikan kain masuk dalam air.
4. Balut bekas makanan yang transparent supaya tak berlumut bila kena cahaya matahari. Boleh juga dicat.
Sistem semaian hidroponik guna cocopeat sistem sumbu/wick ini juga memudahkan kita kerana tak perlu disiram setiap hari.
Dalam bahasa mudah Nursemaid Elbow adalah lengan tertarik. Ia adalah sejenis kecederaan otot ligamen atau tulang pada siku apabila tangan anak ditarik dengan kuat.
Ia kerap berlaku pada anak berusia 1-4 tahun kerana tulang dan ligamen anak pada umur ini masih lembut dan dalam proses perkembangan.
Sebab itu dari dulu lagi, orang tua kita melarang menarik tangan anak kecil atau menghayun tangan mereka.
Selain itu menghayun perbuatan mengangkat anak dari tempat duduk atau ketika anak berbaring dengan menarik lengan juga boleh mengakibatkan perkara yang sama.
Begitu juga menarik tangan anak dengan kuat ketika berjalan.
Situasi ini menyebabkan beban berat badan kanak kanak pada sebelah tangan boleh akibatkan sendi siku kanak kanak terenggang atau terkehel dari kedudukan asal.
Untuk mencegah kecederaan ini
Angkat anak di bawah ketiak atau mengangkat kedua dua tangan.
Jangan hayunkan anak atau buaikan dengan mengangkat tangan