Buat Sendiri Korean Garlic Cheese Bread. Guna Roti Burger, Buat Inti Saja

Share

Korean garlic cheese bread ini memang ramai peminatnya. Rasa lemak dan bawang putih memang buat kita makan tak cukup satu.

Sekarang pun ramai yang menjual roti ini. Harganya dalam RM4-RM6 seketul, memang agak mahal. Jika dalam keluarga ramai yang suka makan, elok sekiranya buat sendiri.

Caranya tak susah mana, gunakan roti bulat untuk buat burger tinggal lagi buat inti. Caranya dikongsi oleh Tyra Manan.

Cara buat Korean Garlic Cheese Bread

Bahan untuk sos bawang putih:

Bawang putih – dicincang
Mentega – 100g
Mayonis – 2 sudu makan
Telur – 1 biji
Parsley – dicincang

Cara membuat sos bawang putih:

– Cairkan butter & biarkan sejuk sikit baru campurkan semua bahan tadi. Jangan campur waktu masih panas nanti jadi telur goreng pulak.

Bahan inti:

Cream cheese – 250g
Susu pekat – 2 sudu makan

Cara membuat inti:

Putar cheese dengan susu pekat sampai sebati kemudian masukkan dalam piping bag.

Cara penyediaan roti sebelum dibakar:

1. Ambil roti bulat potong 6 bahagian tapi jangan putus. Kalau nak guna roti sosej pun boleh, belah-belahkan tapi jangan bagi putus juga.

2. Paipkan inti celah-celah roti yang dah dibelah.

3. Sapu sos bawang putih tadi atas roti.

4. Bakar suhu 150-160 selama 10-15 minit, ikut oven masing-masing.

Siap! Yummyhhh

Selamat mencuba

Sumber: Tyra Manan

IKLAN