Buat Sendiri Kuih Bakar Pandan, Ikut Sukatan Cawan Gerenti Jadi!

Share

Kuih bakar pandan ini selalu kita beli, walhal nak buat kuih ini mudah saja.
Bancuh guna blender, bakar dalam oven dah siap!

Guna sukatan cawan dan ikut resipi perkongsian Maizatul Ayub

ini. Gerenti jadi!

Cara buat kuih bakar pandan, senang je!

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
2 cawan santan kotak (2 kotak)
1/4 cawan air
1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan kalau xnk manis)
2 biji telur
Secubit garam
1 penutup esen vanila
1 penutup perisa pandan
Sedikit pewarna hijau
Bijan

Cara membuat:

1. Satukan semua bahan dalam bekas, (kecuali bijan) kacau sebati dan masukkan dalam blender. Blend sampai tak ada ketul-ketul.

2. Oleskan loyang dengan minyak/majerin. Tuang adunan dalam loyang. Taburkan bijan. Saya guna loyang cupcake.

3. Bakar sehingga masak dan garing di luar. Suhu 180, bakar selama 25-30 minit. Api atas bawah (bergantung pada oven).

Siap. Bancuhan ini boleh hasilkan 17-18 biji kuih bakar.

Selamat mencuba!

Sumber: Maizatul Ayub

IKLAN