Baju lama anak masih disimpan walhal anak dah besar. Nak buang sayang sebab masih elok, nak beri pada orang bimbang tak sudi terima pakaian recyle. Sudahnya disimpan saja. Inilah dilema mak-mak.
Kalau dah banyak sangat baju lama ini disimpan apa kata ikut idea perkongsian Ain Amira. Daripada baju anak-anak ini ditukar jadi selimut menggunakan kaedah tampalan atau patch work. Dapat juga guna diguna kembali.
Menurut Ain, idea ini datang apa bila menerima dua beg baju berisi pakaian terpakai kanak-kanak dari seorang kenalan. Dia meminta Ain mengolahnya menjadi sesuatu dari baju-baju tersebut. Setelah berfikir akhirnya datanglah idea untuk menjadikannya sebagai selimut.
“Dilema mak-mak bila baju anak dah tak muat mesti macam ni kan nak disimpan banyak sangat, nak dibuang tapi sayang, nak bagi orang macam tak padan.
“Fikir punya fikir maka jadilah selimut. Boleh juga diguna dan disimpan jadi kenangan sampai anak besar,”jelas Ain yang juga pembuat beg handmade ini.
Dalam pada itu beliau juga berkongsi secara ringkas cara membuat selimut daripada pakaian lama anak ini.
Caranya
1. Sebanyak 56 helai baju digunakan untuk membuat selimut ini.
2. Bahagian bahagian tangan baju dipotong, ambil bahagian tengah baju saja.
3. Saiz keratan, potong 8×8 inci setiap satu.
4. Kemudian bolehlah dijahit untuk dicantumkan. Bahagian belakang juga dibuat kaedah tampalan yang sama.
Ujar Ain yang turut menerima tempahan ini dia mengambil masa satu hari saja untuk menyiapkan selimut saiz kanak-kanak ini.
Bagi mak-mak yang masih ada simpan baju lama anak boleh ikut idea ni ya.
Kejadian mangsa yang maut akibat disengat tebuan memang biasa kita dengar, malah baru-baru ini juga kejadian yang sama berlaku terhadap seorang juruteknik di Kulim, Kedah.
Mangsa maut disengat tebuan ketika bertugas di sebuah pencawang. Memang menyedihkan. Mana tau sengatan binatang kecil ini mampu menyebabkan kematian.
Bagi memastikan kejadian sama tak berulang Dr. Samhan berkongsi beberapa panduan yang boleh dilakukan jika ada ahli keluarga terkena sengatan tebuan. Maklumlah sarang tebuan ini boleh jadi ada berhampiran kawasan rumah tanpa kita sedar.
Sengatan tebuan berbeza dengan sengatan lebah. Sengatan tebuan boleh menyebabkan rabdomiolisis dan kegagalan buah pinggang sehingga membawa kepada kematian tetapi sengatan lebah tidak begitu.
Menurut Senior Agronomist, Dato Mohd Anim Hosnan, ada kajian saintifik mendapati venom tebuan mengandungi bahan iaitu acetylcholine (5%) iaitu jatuh pada Tahap 3.0 daripada Tahap Maksimum 4.0 dalam ‘Shcmidt Sting Pain Index’. Memang sakit!
Antara komponen yang terdapat dalam sengatan tebuan adalah histamine yang menyebabkan anafilaksis.
Anafilaksis ialah reaksi alahan pada alergen yang teruk yang boleh membawa maut. Ia boleh berlaku dalam masa beberapa minit atau saat selepas pesakit tu terdedah kepada alahan yang tertentu.
Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan, boleh menyebabkan sistem imunisasi badan memberikan reaksi yang melampau.
Dos sengatan yang boleh membawa maut adalah 4.6mg/kg. Maka,kanak-kanak mempunyai risiko kematian lebih tinggi berbanding orang dewasa kerana saiz badan yang lebih kecil.
Lebih teruk, tebuan menyengat mangsanya berkali-kali berbanding lebah yang hanya menyengat hanya sekali.
Jika sengatan itu pada sistem saraf atau saluran darah seperti di bahagian muka, ia memang serius dan mangsa perlu dibawa segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Jika terlambat risiko kematian lebih tinggi.
#SHARE info penting pada ahli keluarga sebab kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa dan tak diduga. Sudah banyak kes kematian disebabkan sengatan tebuan berlaku di negara kita. Berwaspadalah.
Asyik makan rendang ayam dan daging saja, kita ubah selera buat rendang kerang pulak. Tambah pula harga ayam pun dah makin mahal.
Rendang kerang ini memang ramai peminat cuma tak ramai rajin buat bila mengenangkan nak kopek kerang. Tapi kan kerang siap kupas dah ada, beli saja!
Kalau nak buat rendang kerang ini boleh ikut cara Zamaira Yunus. Tengok pun dah telan air liur! Lauk ini lawan dengan lemang dan nasi impit memang mantap.
Bahan-bahan
1 kg isi kerang
5 ulas bawang merah*
1 ulas bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Halia sebesar ibu jari*
Lengkuas sebesar ibu jari*
4 ulas kunyit hidup*
2 biji buah keras*
10 tangkas cili api*
Segenggam cili kering*
2 batang serai*
1 batang serai -diketuk
2 keping asam keping
6 helai daun kunyit
2 bungkus kerisik (beli siap)
1 kotak kecil santan KARA
Gula melaka(jika ada)
Cara membuat
1. Cuci kerang sehingga bersih dan lalukan sekali dengan air panas. Toskan sebentar.
3. Tumiskan bahan yang telah dikisar dan serai yang diketuk. Tumis sehingga betul-betul naik minyak. Tumis kena lama ya dengan api yg perlahan (bab ini kena sabar)
4. Masuk kan gula Melaka, asam keping dan santan. Tumis lagi sehingga betul-betul pecah minyak.
5. Bila dah pecah minyak, masuk kan kerisik dan kerang. Kacau dgn api sederhana besar.
6. Bila nampak kering sikit perasakan dengan garam, gula dan perasa tambahan(terpulang pada cita rasa).
7. Hiriskan daun kunyit dan taburkan di atas rendang.
8. Bila dah nampak betul-betul masak tutup api dan boleh hidangkan.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.