Ada yang panggil kuih bom, onde-onde atau kuih bom bijan. Apapun namanya, kuih tradisional ini memang sedap. Cuma biasanya kita beli saja, jarang buat sendiri.
Supaya kuih tradisi ini tak hilang ditelan zaman, elok juga kita belajar buat kuih ini yang sebenarnya mudah saja. Bila buat sendiri boleh letak inti yang kita suka, sama ada inti kelapa atau kacang merah.
Kalau nak cuba, caranya dikongsi oleh Roslina Shaari Ina Kie. Cara ini guna sukatan cawan lebih mudah dan katanya, insya-Allah tak meletup bila digoreng.
Buat sendiri kuih bom
Bahan-bahan
3 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 sudu makan gula
2 biji kentang(rebus dan lenyek)
Bijan – secukupnya
Garam dan air suam secukupnya
Inti yang siap dibulatkan (inti kelapa, kacang merah atau kacang hijau).
Ads
Cara membuat
1. Larutkan gula dalam air suam.
2. Kemudian campur semua bahan dan tuang sedikit demi sedikit ir suam.
4. Ambil adunan lebih kurang sebesar bola golf, leperkan dan letak inti. Bulatkan semula dan golek dalam pinggan berisi bijan. Biar semua bahagian melekat bijan.
5.Letak ke tapak tangan dan golekkan supaya bijan melekat dengan elok. Buat sehingga habis adunan.
Ads
6. Bila dah siap, boleh terus goreng tak perlu perap.
7. Goreng guna api sederhana, insya-Allah tak meletup.
Selalu daun kari dijual dalam jumlah yang agak banyak. Kita nak pakai sikit saja dan biasanya lebihan daun ini terbiar saja sampai kering. Rugi pula rasanya.
Supaya tak membazir jika ada daun kari dalam jumlah yang banyak boleh simpan ikut tip yang dikongsi oleh Cik Rain ini. Daun kari yang disimpan dengan cara ini boleh tahan berbulan-bulan. Jangan bimbang aroma dan rasanya tetap kekal. Nak juga cara yang sama untuk simpan daun lain seperti limau purut, atau daun kesum.
Tip simpan daun kari supaya tahan lama
Caranya;
Ambil daun kari dan bilas dengan air untuk bersihkannya.
2. Kemudian lap daun ini menggunakan tisu dan balut dengan kertas (boleh guna kertas surat khabar). Simpan dalam peti sejuk.
3. Biarkan daun kari ini dalam peti sejuk selama seminggu kemudian buka. Waktu ini daun dah cukup kering. Bolehlah masukkan daun ini dalam botol kaca dan tutup ketat.
4. Warna daun kari ini akan kekal hijau dan jika nak guna dalam masakan boleh terus masukkan. Ia akan kembali jadi macam daun segar dan bau kari masih lagi harum.
Info: Ada yang keringkan daun kari dengan cara menjemur di bawah cahaya matahari tapi cara ini akan buatkan daun jadi warna coklat macam daun kering.
Supaya pokok sayur, buah atau bunga yang kita tanam hidup subur, berbuah atau berbunga lebat penggunaan baja perlu dilakukan.
Namun kita tak perlu pun mengeluarkan belanja yang lebih untuk membeli baja ini. Ada banyak cara untuk membuat baja untuk tanaman dengan menggunakan apa yang ada di rumah saja.
Selain sisa sayur atau buah, sisa ikan bilis juga boleh ditukar menjadi baja yang sangat baik untuk pokok termasuk pokok bunga.
Sisa ikan bilis ini termasuklah kepala, tulang ikan bilis yang selalu kita asingkan malah serbuk hancur di bawah bungkusan ikan bilis juga boleh digunakan
Bagaimana untuk buat baja dari sisa ikan bilis ini? Caranya sangatlah mudah.
1. Ambil 1 cawan sisa ikan bilis campur dengan 2 liter air.
2. Kisar keduanya hingga hancur dan ia boleh terus digunakan.
3. Boleh terus siram pada pangkal pokok bunga untuk supaya berbunga lebat. Jika tanam pokok cili juga siram untuk melebatkan buahnya.
Selain sardin, sandwic telur juga jadi kegemaran ramai untuk hidangan pagi. Ringkas tapi kenyang.
Nak buat pun senang tapi kalau nak lagi sedap, cuba letak bawang karamel seperti perkongsian penjual sandwic Suraya Yaacob.
Ujarnya inilah rahsia jualannya ‘digilai’ pelanggan dan dibeli saban hari tanpa jemu. Kata Suraya lagi bawang karamel ini menjadikan sandwic telur tambah sedap dan wangi. Beliau turut berkongsi resipinya. Kalau ada yang nak buat sebagai jualan pun boleh juga.
Cara buat sandwic telur yang sedap, tak jemu makan hari-hari
Bahan-bahan:
1 buku roti panjang & 1 buku roti pendek
7 biji telur rebus – dihancurkan
4 sudu besar mayonis
Daun bawang – dihiris
Bahan untuk bawang karamel:
1 biji bawang
1 sudu teh serbuk oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
Cara membuat:
Gaul semua bahan bawang karamel dan masak atas dapur sampai layu.
Angkat dan sejukkan.
2.Gaul rata telur yang dihancurkan bersama mayonis, daun bawang dan juga bawang karamel tadi.
3. Ambil roti dan sapu dengan adunan telur yang sudah digaul rata dengan bawang karamel. Siap
Boleh juga kalau nak tambah, sayur seperti salad dan tomato.