Buat Sendiri Kuih Tepung Bungkus Kalau Rindu Nak Makan. Ini Caranya

Share

Kuih tradisi ini memang sedap. Rasa lemak dari santan bersatu dengan manis inti kelapa  buat kita rasa rindu nak makan. Tapi sekarang makin kurang penjual kuih ini, dah jarang  dapat menikmati keenakan kuih ini.

Mungkin sampai masa kita kena belajar buat kuih ini supaya tak pupus ditelan zaman. Paling penting bila terasa nak makan boleh buat terus. Kalau nak belajar cara buat kuih ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Faezah Ab Wahab.

Buat sendiri kuih tepung bungkus kalau rindu nak makan

1. Terlebih dahulu sediakan nahan untuk santan
-3 cawan santan
-1 1/2 cawan tepung beras
-1 sudu gula
-Sedikit garam

2. Masak bahan di atas guna api perlahan sehingga pekat. Kacau sentiasa. Dah pekat tutup api.

3. Kemudian boleh sediakan inti kelapa. Bahan-bahannya;
-1/2 biji kelapa muda
-1 ketul gula melaka
-1 cawan air
-Daun pandan

4. Kacau atas api bahan di atas sampai kering, letak tepung sikit supaya kelapa lembap bersalut. Jika kurang manis tambah gula putih.

5. Apabila inti dah masak, buat bulat dan letak atas daun pisang yang siap dipotong. Letak santan siap dimasak tadi.

6. Kemudian bungkus dan kukus guna api sederhana dalam 15 minit.

Kalau rajin boleh jadi kuih untuk berniaga, maklumlah kuih lama yang jarang dijual ni memang selalu dapat sambutan.

Sumber: Faezah Ab Wahab

 

IKLAN