Dah selesai masak mi kuning tapi bila makan rasa kapur. Memang spoil! Ini perkara biasa bila kita beli mi kuning yang dijual di kedai. Itu belum masuk lagi penggunaan pengawet.

Kalau dah bosan dengan rasa kapur dan bimbang dengan kesan pengawet jalan terbaik untuk terus menikmati mi kuning yang jadi kegemaran ramai ini adalah dengan menghasilkannya sendiri.

Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Roshima Ibrahim Shima ini.

Buat sendiri 6 KG mi kuning

Baru selesai menghasilkan 6 KG mi yang dibuat sendiri. Tanpa kapur dan tanpa bahan pengawet.

Buat Sendiri Mi Kuning, Tanpa Kapur & Bahan Pengawet

Bahan-bahannya

1 kg tepung gandum
2 biji telur
1/2 sudu makan garam
Pewarna kuning
1 gelas air (air agak-agak kalau keras tambah sedikit demi sedikit, adunan jangan lembik)

IKLAN

* 1 kg tepung gandum akan dapat 2 KG mi

Cara buat

1. Masukkan tepung dalam besen.

2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul. Tuangkan ke dalam tepung. Masukkan pewarna kuning, gaulkan sekata. Kemudian masukkan air yang dicampur garam sedikit demi sedikit.

Buat Sendiri Mi Kuning, Tanpa Kapur & Bahan Pengawet

IKLAN

3. Uli hingga sekata, pastikan adunan tidak lembik. Bulatkan doh dan leperkan.

4. Leperkan doh menggunakan mesin mi. Sesuaikan ketebalan dari tebal ke nipis berulang kali. Mesin saya guna no. 7, berbeza ikut mesin.

5. Selepas doh nipis sapukan tepung di pemukaan doh. Kemudian masukkan kembali ke dalam mesin mi untuk memotong. Alas mi guna tudung periuk.

Buat Sendiri Mi Kuning, Tanpa Kapur & Bahan Pengawet

IKLAN

6. Panaskan air hingga mendidih dan letakkan sedikit minyak masak.

7. Masak seketika mi itu. Agak-agak mi timbul itu tanda mi sudah masak.

8. Angkat dan toskan, kemudian titiskan sedikit minyak supaya mi tidak melekat.

Buat Sendiri Mi Kuning, Tanpa Kapur & Bahan Pengawet

9. Bolehlah buat macam-macam resipi mi. Selamat mencuba.

Selain itu:  Buat Lempeng Pisang Untuk Makan Petang. Buat Garing,Makan Panas-Panas Memang Sedap

Sumber:Roshima Ibrahim Shima

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI