Makan

Buat Sendiri Mushroom Seasoning, Pengganti Serbuk Perasa. Cuma Perlu 3 Bahan Saja

Share

Buat sendiri mushroom seasoning, pengganti serbuk perasa. Ramai yang menggunakan serbuk perasa dalam masakan, kalau tak letak sedap pula rasanya. Tapi dalam masa yang sama risau juga dengan penggunaan bahan kimia atau MSG.

Sekiranya mahu amalkan pemakanan lebih sihat tapi dalam masa yang sama mengekalkan rasa sedap makanan mungkin boleh tukar penggunaan dari serbuk perasa kepada mushroom seasoning atau serbuk perasa cendawan.

Paling menarik serbuk ini boleh kita buat sendiri. Lagi sihat kerana ia rendah kalori dan mengandungi antioksidan yang tinggi daripada cendawan.

Bagi yang nak cuba buat sendiri boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nawal Yasmin Mat Noh.

Buat sendiri mushroom seasoning homemade

Bahan-bahan

100g cendawan kering/ dried shitake mushroom
50g garam
50g gula

Cara membuat

1. Basuh cendawan dan keringkan. Lap dengan kain atau tisu dapur.

2. Masukkan dalam oven/air fryer, bakar selama 20 minit pada suhu 100 darjah Celsius. Sejukkan.

3. Selepas sejuk masukkan dalam thermomix semua bahan dan grind selama satu minit, kelajuan 10.

4. Jika tiada thermomix tiada masalah, boleh juga guna pengisar kering, kisar hingga jadi serbuk tapi pastikan kisar sedikit demi sedikit.

Selamat mencuba.

Sumber: Nawal Yasmin Mat Noh

Baca Lagi: Buat Sendiri Beef Stew Yang Enak Tanpa Pressure Cooker. Daging Lembut Terus Hancur Bila Digigit

Published by
VK