Selain makan nasi ayam di restoren nasi ayam popular ini, menu sayur ini juga antara kegemaran ramai.
Pak Choy masak sos tiram, dengan sayur pak choy celur yang dituang sos memang sedap rasanya.
Kalau teringin nak makan di rumah, kita boleh buat sendiri. Lebih jimat. Cara membuatnya dikongsi oleh Liza Idris. Menu ini memang sedap, sampai yang tak suka sayur pun boleh ratah. Cara masak pun mudah, tak sampai 10 minit siap.
Masak Pak Choy Ala The Chicken Rice Shop
Bahan-bahan:
2 pokok sayur Pak Choy.
3 atau 4 ulas bawang putih (dicincang)
2 inci halia (dicincang)
4 sudu besar sos tiram
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1 biji cili merah
Sedikit bawang goreng
Serbuk lada
Cara membuat:
Potong bawah batang Pak Choy. Basuh bersih.
2. Didihkan air. Pegang atas sayur, celur batang dulu macam gambar atas. Bila batang Pak Choy dah lembut sikit, celurkan sekejap semuanya dalam air panas.
Ads
3. Angkat dah toskan. Susun atas pinggan.
4. Untuk sos, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga naik bau.Goreng sampai kekuningan, biar garing sikit je.
5. Masuk 4 sudu besar sos tiram. Kacau bagi sama rata kemudian masuk 1 cawan air.
6. Masuk tepung jagung yang dibancuh. Kacau sebati.
Ads
7. Dah likat, boleh tambah garam dan gula jika mahu.
8. Siap kuah. Tutup api.
Ads
9. Curah sos tadi atas pak choy yang dicelur tadi.
10. Boleh tabur cili, bawang goreng, atau tabur lada sulah.
Punyalah meriah kuah sos, dan bahan tabur. Ini yang buat orang tak makan sayur pun boleh ratah.
Daun kesum memang selalu kita beli dalam jumlah yang banyak walaupun untuk guna dalam masakan hanya sedikit saja.
Selebihnya kita simpan dalam peti sejuk. Daun kesum ini kalau tak simpan dengan cara yang betul memang kering dan akhirnya layu saja dalam beberapa hari.
Supaya tak membazir kaedah ini boleh dipraktikkan untuk menyimpan daun kesum supaya kekal segar sampai dua minggu. Cara ini dipraktikkan oleh Effa Latifah Hashim dan dikongsi untuk kita cuba.
Simpan daun kesum begini supaya tahan lama
Perkongsian ilmu, daun kesum alau simpan begini tahan lebih lama. Ini daun kesum yang masuk 2 minggu lebih, masih segar bugar.
Caranya
1.Sediakan bekas berpenutup boleh guna bekas plastik minuman begini.
2.Letak air yang ditapis dalam separuh bekas kemudian masukkan daun kesum bersama tangkainya.
3.Tutup penutup minuman dan simpan dalam peti sejuk bahagian rak biasa. Bila nak guna baru buka dan ambil.
Nota: Tukar air bila nampak keruh.
4.Cara yang sama boleh boleh dipraktikkan untuk simpan daun ketumbar atau daun sup.
Sambal bilis kacang ini memang kegemaran ramai, lagi sedap kalau buat pedas. Sambal ini memang kena buat banyak sebab, walau pun boleh makan dengan nasi tapi ramai yang suka makan macam tu saja, ratah!
Sambal bilis kacang ini juga tahan lama jika betul cara masaknya. Kalau teringin buat stok di rumah boleh ikut resipi perkongsian Salma Ideris. Boleh tahan berminggu-minggu katanya.
Bahan-bahan yang perlu digoreng garing:
1 kg kacang tanah (lebih pun boleh)
Ikan bilis ( kuantiti ikut citarasa)
Tempe (pastikan potong nipis jika nak masukkan sekali)
Bahan dikisar:
Cili kering ( kuantiti ikut tahap pedas)
Cili api ( letak lebih kalau nak pedas)
1/2 biji bawang holland
1/2 labu bawang putih )
3 sudu gula pasir
3 keping gula kabung/melaka
Sedikit garam & serbuk perasa
1 keping asam keping
Cara membuat:
1. Goreng garing kacang tanah, ikan bilis, tempe. Ketepikan.
2. Guna minyak yang banyak, tumis bahan yg dikisar. Saya masak guna api besar, kacau sentiasa dalam setengah jam.
3. Masukkan asam keping.
4. Bila dah likat macam sira keluarkan asam keping, perlahankan api.
5. Dalam api perlahan, masukkan bahan yang digoreng kacau sebati. Siap!
Tip
Pastikan bahan tumis tidak hangit.
Kacang tanah, bilis, tempe wajib kena garing.
Untuk kekal rangup boleh juga letak cuka (jangan masukkan asam lain dah) waktu tumisan dah naik minyak bersama dengan garam dan gula. Padamkan api, masukkan bilis, kacang dan hidupkan kembali api.
Satu lagi cara untuk kekal rangup, biar sambal sejuk kemudian baru gaulkan ikan bilis dan kacang.
Gelang, cincin dan rantai emas antara aksesori yang kebanyakan wanita pakai setiap hari. Disebab itu haruslah ada banyak kotoran yang melekat terutama peluh, minyak, habuk yang melekat.
Kita pula tak rajin nak mencucinya dengan kerap. Jadinya sebaiknya setahun sekali kita buat deep cleaning barang kemas yang selalu kita pakai.
Setahun sekali dan tak lama pun nak buat cuma ambil masa 10 minit saja.
Tutorial deep cleaning dikongsi oleh Dr. Hani Mynis. Esok cuti jomlah ambil masa untuk buat.
Sebelum cuci
Selepas cuci
Langkah 1 – sediakan cecair pencuci pinggan, garam, baking soda
Langkah 2- letak satu sudu semua bahan
Langkah 3 – tuang air suam, kacau semua sampai berbuih dan letak barang kemas
Langkah 4- berus sikit-sikit
Langkah 5 – biarkan 10 minit
Langkah 6 – dah cukup masa bilas dengan air bersih, gosok sikit.
Langkah 7 – akhir sekali tekap dengan tisu untuk keringkan.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...