Buat sendiri patty ayam, senang kita nak buat sendiri burger bila bila masa. Berbaloi, sebab anak-anak pun memang suka makan burger kan.
Tambah pula sekarang harga hidangan burger pun tak murah terutama kalau nak makan sekeluarga. Untuk jimat belanja kita buat sendiri, lagipun bahan-bahannya kebanyakannya memang dah ada di rumah.
400g isi dada ayam
2 biji kentang
1 btg lobak merah
1 biji telur
1 biji bawang holland
2 sk serbuk lada hitam
2 sk serbuk lada putih
1 sk chilli flakes
1 sk mixed herbs
6 sb tepung ubi kayu
2 sb mentega
1. Kisar isi dada ayam, kentang, lobak dan bawang dalam ‘food processor’ sehingga halus.
2. Campurkan bahan-bahan lain dalam mangkuk. Uli sebati. Lapikkan acuan di atas kertas pembakar. Kepalkan adunan dan bentukkan ikut acuan.
3. Kemudian, bolehlah kukus sebentar patty yg sudah siap selama 3 minit sebelum di simpan dlm peti sejuk beku.
4. Patty boleh di grill sebentar atas kuali dan sedia untuk dinikmati. Boleh beli roti burger atau gunakan roti keping biasa pun boleh untuk buat hidangan burger homemade. Kita buat dia!
TIP
Selamat mencuba.
Sumber: Geliga Rasa
Baca Lagi: Daging Burger Pun Boleh Jadi Lauk Yang Sedap. Boleh Ikut Resipi Ini