Makan

Daging Burger Pun Boleh Jadi Lauk Yang Sedap. Sesuai Makan Waktu Sahur

Share

Daging burger selalu ada dalam peti sejuk rumah kita. Buat burger sekali saja, lebihnya simpan tak bergerak-gerak.

Kalau daging burger ini masih ada, nak masak burger pun tak tahu bila eloklah tukar jadi lauk pulak. Lauk ini memang ringkas sesuai sangat makan waktu sahur. Menu ini juga popular kalangan pelajar terutama waktu hujung bulan.

Daging burger jadi lauk

Bahan-bahan

Daging burger – dipotong memanjang
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi
Sos tiram
Sos cili

Cara membuat:

  1. Panaskan kuali, goreng seketika daging burger. Angkat dan tos

2. Tumis bawang merah, bawang putih dah cili padi hingga naik bau.

3. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau.

4. Masukkan daging burger yang digoreng tadi kemudian gaul sebati. Siap

Selamat mencuba.

Sumber: Siti Nursoleha Nawawi

 

IKLAN