Buat Sendiri Pau Goreng Kacang Merah Yang Lembut & Gebu, Guna Cara Ini Sekejap Saja Kembang

Share

Selain kukus, kuih pau juga boleh digoreng dan pau goreng ini juga ramai peminatnya. Intinya boleh pelbagai, sama macam pau kukus juga. Malah rasanya lagi sedap.

Pau goreng ini lagi nikmat dimakan kalau lembut dan gebu. Untuk dapat hasil pau yang begini ada caranya. Dikongsi oleh Ida Zaida, ini cara buat pau goreng yang lembut dan mudah kembang. Untuk pau goreng ini, intinya kacang merah.

Cara buat pau goreng inti kacang merah yang lembut

Buat pau goreng kacang merah, memang lembut elok. Adun guna mixer saja, sekejap dah kembang. Bagi yang nak resepi saya sertakan.

Bahan A
• 1 paket yis kering mauripan
• 2 sudu besar susu pekat
• Anggaran 1 cawan air suam
• 2 sudu gula
(Campur semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih)

Bahan B
• 4 cawan tepung gandum
• 2 sudu besar marjerin
• 2 sudu teh baking powder
• 1 sudu teh garam
(Ramas semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti)

Bahan C
• Setengah cawan susu Full Cream/Fresh Milk

Bahan Inti
Pes inti kacang merah

Cara membuat:

1. Campurkan bahan A, B dan C kemudian adun guna mixer atau pun uli.

2. Kemudian perap sekejap bagi kembang. Selepas itu pastu tumbuk doh yang kembang tadi untuk buang angin.

3. Selepas itu boleh bentukkan doh bulat-bulat dan masukkan inti kacang merah (inti kacang merah ini boleh beli yang siap di bakeri atau online (klik SINI).

4. Agak-agak doh mengembang hampir 2 kali ganda saiz asal boleh mula menggoreng dengan api sederhana. Tapi pastikan minyak betul-betul panas.

Nak buat inti selain kacang merah pun boleh juga.

INFO: Pau goreng ini juga boleh di frozen. Caranya sewaktu menggoreng, goreng suku masak saja. Kemudian angkat dan biar sejuk. Lepas itu boleh dipek dan simpan dalam bahagian sejuk beku peti ais.

Selamat mencuba.

Sumber:Ida Zaida

IKLAN