Buat Sendiri Popia Basah Dari Kulit Popia Sampai Sos

Share

Popia basah ini antara kegemaran ramai dan selalunya kita beli. Tak terfikir pun nak buat sendiri.

Nak sediakan sendiri pun boleh saja sebenarnya, boleh ikut perkongsian daripada Siti Mazdah Rasidi untuk cara buat kulit sampailah ke sos popia basah.

Pesan beliau untuk hasilkan popia basah yang elok, kena selalu praktis. Insya-Allah bila dah selalu buat akan menjadi.

Cara buat kulit popia

Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
4 cawan setengah air biasa
1 sudu garam
2 sudu tepung ubi/sebiji putih telur
2 sudu makan cuka
6 sudu makan minyak masak

Cara membuat kulit popia:

1. Bancuh semua bahan macam buat cekodok, pukul sampai elastik.

2. Perap adunan sampai lebih kurang 2 jam, lagi lama lagi cantik. Simpan dalam peti sejuk.

3. Kemudian baru dioles pada kuali nipis-nipis.

Cara buat sos

Bawang besar
Bawang putih
Udang kering
Cuka
Taucu
Garam
Gula

  1. Kisar semua bahan dan masak dengan api kecil sampai pekat.
  2. Masak lama lebih kurang 4 jam.

INFO

Sukatan saya cuma agak-agak. Selalu buat 1 beg bawang besar, bawang putih 1/2 paket yang siap kupas, cili kisar 1 bekas aiskrim yang bulat, secawan taucu, udang kering agak-agak (udang geragau) dan gula sekilo lebih. Beginilah sukatan yang diguna. Sos kena manis baru sedap.

Bahan untuk sayur


Sengkuang
Lobak merah
  • Bahan ini disagat dan digoreng hingga layu.
  • Boleh juga tambah tauge, timun atau kobis. Ikut cita rasa. Jika tak mahu tumis pun boleh.

Supaya popia basah menjadi kena selalu praktis. Insya-Allah lama-lama akan menjadi elok.

Selamat mencuba.

Sumber: Siti Mazdah Rasidi

IKLAN