Makan

Buat Sendiri Roti Nan Cheese Lembut & Gebu. Boleh Frozen, Nak Makan Bakar Atas Kuali Saja

Share

Buat sendiri roti nan cheese kalau suka makan. Selalu makan di kedai mamak kan, tapi kalau buat sendiri memang lain macam sedapnya

Kalau nak cuba, boleh ikut perkongsian Maria Nazri Said. Roti nan cheese hasil resipi ini  gebu dan lembut, ia juga boleh disejukbekukan untuk dimakan kemudian hari. Jadi boleh buat banyak sekali gus untuk disimpan dalam frezer.

Buat sendiri roti nan cheese gebu & lembut

Bahan-bahan

150ml susu suam
150ml air suam
1 sudu besar gula
1 sudu besar dry yis
(Gaul bahan di atas dan biar hingga kembang)

3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam halus
Mozarella cheese (ikut citarasa)

Cara membuat

1. Masukkan tepung gandum dalam bancuhan yis. Gaul, biar sampai kembang.

2. Masukkan minyak, uli sekejap sampai tak melekat.

3. Perap lebih kurang sejam. Bila dah kembang bahagi kepada 6 bahagian.

4. Ambil satu doh, masukkan cheese. Tutup.

5. Sebelum bakar, ambil satu doh berisi cheese tadi tabur tepung untuk elak melekat kemudian leperkan.

6. Bakar atas kuali non stick hingga garing. Siap, boleh makan dengan kari, sambal dan sebagainya.

Roti nan cheese ini juga boleh disejukbekukan. Bakar dulu sebelum disejukbeku. Bila nak makan panaskan dalam micriwave atau kuali. Hasilnya tetap gebu dan lembut.

Selamat mencuba!

Sumber: Maria Nazri Said.

Baca Lagi: Cara Betul Goreng Roti Canai Frozen, Jangan Terus Masuk Kuali. Kena Rendam Dulu

Published by
VK