Bagi yang cuba menurunkan berat badan, hidangan salad buah-buahan ini salah satu yang elok diamalkan. Tapi ramai yang tak berapa rajin membuatnya kerana memikirkan perlu menyediakan macam-macam jenis buah.
Sebenarnya ada saja resipi salad yang mudah dan sedap tanpa menggunakan aneka buah yang mahal. Antaranya seperti yang dikongsi oleh Rozita Daud ini. Menggunakan jenis buah dan sos salad yang mudah, salad buah-buahan ini memang praktikal.
Cara buat salad buah-buahan yang ringkas & sedap
Bahan-bahan
1 biji buah pelam
4 biji epal (2 biji epal hijau, 2 biji epal merah)
Anggur
Kismis hitam – jika suka
1/2 tin susu cair
1 yogurt rendah lemak perisa strawberi
5-6 sudu mayones buah-buahan
Ads
Cara membuat
1. Potong dadu buah epal dan manga, anggur dipotong
Ads
2. Satukan buah-buahan dan campurkan dengan susu cair, yogurt dan mayones.
3. Gaul hingga sebati dan sedia dimakan. Boleh juga disejukkan dalam peti ais sebelum makan. Lagi sedap.
Bagi yang jarang memasak nasi di rumah memang selalu akan berdepan masalah beras dimasuki bubuk. Boleh jadi juga kerana kita tak menggunakan beras dalam tempoh lama kerana tidak duduk di kediaman.
Apa pun sebabnya, bila melihat bubuk atau ulat hitam yang banyak dalam beras memang terasa sayang. Maklumlah beras makanan asasi kita, dah tentu tak sampai hati nak buang.
Bagi yang ada masalah ini mungkin boleh lakukan cara yang dikongsi oleh Nurhasanah Harun.
Ujarnya 6 bulan tinggalkan rumah, beras yang di dapur dipenuhi dengan bubuk. Memandangkan masih banyak dan elok lagi ini cara yang dikongsi untuk mengeluarkan bubuk hitam dari beras serta mengasingkan beras yang rosak dengan yang elok.
Panaskan beras dalam oven untuk matikan bubuk
1.Panaskan oven sekejap, masuk beras dalam tray dan masukkan dalam oven lebih kurang 10 minit biar betul-betul panas semua beras. Bubuk dan ulat yang ada dalam beras akan mati. Kalau tiada oven boleh juga goreng tanpa minyak dalam kuali.
2. Keluarkan beras dari oven biar sejuk dan ayak untuk asingkan bubuk.
Tip asingkan beras rosak dimakan ulat
Macam mana nak tahu beras masih elok? Cuba basuh beras kalau tiada beras yang timbul maknanya beras elok. Kalau ada banyak beras timbul maknanya ia ringan, cuba patahkan kerana di dalamnya ada ulat bubuk. Buang beras yang timbul ini kerana ia dah rosak.
Lagi petua elak bubuk
Dalam pada itu juga netizen turut berkongsi cara lain untuk mengelakkan dan mengeluarkan bubuk dari beras.
Letak beberapa tangkai cili kering, di dasar, pertengahan dan atas permukaan beras. Setiap kali masuk beras baru tukar cili kering.
Boleh juga letak rempah 4 sekawan iaitu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
Satu lagi petua letakkan satu labu bawang putih dalam bekas beras. Jangan kupas cuma pisah-pisahkan ulas masuk untuk diletak dalam bekas beras.
Boleh juga letak salah satu daun berikut iaitu daun limau purut atau daun pandan dalam bekas beras. Atau boleh juga letak asam keping.
Cara paling berkesan, simpan beras dalam peti sejuk
Cara lain adalah jika akan tinggalkan rumah dalam jangka masa lama bungkus beras atau letak dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini memang berkesan, beras takkan dimasuki bubuk.
Oleh kerana tidak ada musim persekolahan sepanjang PKPB ini, pastinya ibu bapa pening memikirkan cara terbaiik menghilangkan waktu senggang anak-anak setelah penat belajar.
Biarpun ada sistem pembelajaan secara online tetapi ada masanya perlu diselitkan aktiviti lain yang juga bermanfaat.
Salah satunya adalah dengan bermain ‘kinetic sand’ atau pasir ajaib yang sangat baik untuk perkembangan minda anak.
Baik untuk perkembangan minda anak-anak.
Hanya dengan meramas dan menekan pasir berkenaan, pelbagai bentuk dapat dibentuk melalui kinetic sand ini.
Perkongsian dari Niram Munirah yang memberitahu DIY untuk membuat ‘kinetic sand’ ini hanya dengan menggunakan dua bahan dapur saja. Ia juga selamat dan paling penting menjimatkan.
Buat Sendiri Kinetic Sand Guna 2 Bahan Dapur
Bahan diperlukan:
– 2 cawan tepung gandum
– 1/4 cawan minyak masak + 1 sudu besar minyak masak (resepi asal menggunakan 1/4 cawan minyak masak)
Cara membuat:
– Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Boleh juga letak pewarna jika suka.
Gaul sebati dua bahan.
Kelebihan:
– Boleh explore minda anak-anak dengan kreativiti yang mereka mahu buat dan fikirkan
– Bahan digunakan selamat kerana hanya menggunakan tepung dan minyak masak.
– ‘Kinetic sand’ buat sendiri ini juga menjadi aktiviti menyeronokkan kerana anak-anak boleh ‘stamp’ dan bentukkan sendiri rekaan disukai.
– Boleh melekakan anak dari terus bermain gajet kerana ibu bapa boleh turut bermain bersama-sama dan boleh mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
Bila selalu makan dan minum dalam kereta kemudian tak dibersihkan memang mengundang kehadiran lipas.
Lagi bahaya bila sedang asyik memandu tiba-tiba nampak lipas dan anak lipas merayap. Boleh terkejut dibuatnya terutama bagi yang takut dan geli dengan binatang ini.
Supaya tak berlaku kejadian tak diingini, masalah lipas ini harus diselesaikan. Salah satu cara paling mudah dikongsi oleh Khushairi Borhanudin.
Dengan modal tak sampai RM10, selesai masalah lipas dan anak lipas yang banyak dalam kereta. Tak perlu guna petua letak minyak mentega yang melecehkan.
Cara mudah atasi masalah lipas dalam kereta
Sekadar berkongsi perasaan puas.
Kereta ada anak kecik macam ni la. Kinderjoy la, cekedis la, aiskrim tumpah lah. Semua diadun sebati atas seat & lantai kereta. Maka datanglah makhluk halus lipas berbondong-bondong buat kenduri kemudian.
Satu malam setel
Saya beli Fumakilla Vape ini dekat Speedmart. Harga tak sampai RM10. Sembur dua tiga das bawah seat kereta. Buat waktu malam sebelum tidur.
Pagi-pagi inilah hasilnya. Puas hati kutip seekor-seekor. Banyak juga lipas saya jumpa yang sedang bertelur.
Boleh ulang jika masih jumpa lipas dalam kereta. Kalau tak jumpa di kedai boleh juga beli secara online. Klik SINI untuk link di Shopee.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...