Buat Sendiri Set Ala ‘Snack Plate KFC’. Lengkap Dengan Kentang Putar, Coleslaw & Ayam Goreng Rangup!

Share

Ayam goreng restoren makanan segera ini memang kegemaran ramai. Rasanya setiap bulan mesti beli.

Tapi kalau ahli keluarga ramai memang banyak juga modal untuk beli hidangan ini. Kalau nak jimat, kita buat sendiri.

Biasa kita pesan set snack plate, jadi kita buat set ini di rumah. Lagi best, kita boleh pilih bahagian ayam mana yang kita suka. Caranya dikongsi oleh Umi Watie.

DIY Set Ala ‘Snack Plate KFC’

Untuk buat set ala snack plate KFC yang lengkap ini ada 3 langkah. Buat kentang putar dan kuahnya, coleslaw dan ayam goreng rangup.

1. Langkah buat kentang putar dan gravy
  • Saya guna 6 ketul kentang saiz sederhana saja. Rebuskan sampai empuk.
  • Bila dah empuk kentang kita tadi terus masukkan dalam bekas.

  • Lenyek-lenyekkan kentang masa kentang masih panas. Kalau dah sejuk susah sikit nak haluskan kentang. Masukkan ¼ cawan susu.
  • Masukkan 1 sdb mentega. Masukkan semasa kentang masih panas tau.
  • Lepas tu perasakan dengan garam dan taburkan daun parsley kering.

  • Untuk gravy, bawang putih 3 ulas dicincang. Panaskan 1 sdb mentega. Tumis bawang putih.
  • Bila bawang putih dah kekuningan. Bubuh 1 sdb tepung gandum. Kacau sentiasa. Jangan sampai hangit.

  • Bila tepung nampak keemasan masukkan ¾ cawan air. Kacau kacau, masukkan serbuk lada hitam, 1 sdb sos tiram 2 sdb sos Lada hitam.
  • Kacau lagi, biarkan bahan merenih. Masukkan susu ½ cawan.

  • Masukkan kicap masin 3 sdb. Kacau kacaukan lagi.
  • Perasakan dengan garam. Rasa dulu tau sebab tadi kita dah bubuh sos tiram, kicap semua tu. Kita ejas rasa saja. Sejukkan.

2. Langkah buat coleslow

  • Ambil kubis 1 cawan, lobak merah ½ cawan, bawang merang ½ biji.
  • Cincang semua bahan ni. Pakai chopper pun boleh.

  • Masukkan mayonis 3 sdb, susu ¼ cawan, garam dan gula.
  • Gaulkan semua bahan sebati. Sejuk Kan dalam peti sejuk.

3. Langkah buat ayam goreng rangup

  • Saya guna bahagian drummet 10 ketul ayam, 1 biji telur dan ¾ cawan tepung Bestari pedas.
  • Gaulkan ayam sebati.

  • Untuk bancuhan tepung salut campur 1 cawan tepung Bestari pedas ½ cawan tepung jagung.
  • Gaulkan ayam yang sudah diperap lebih awal tadi. Golekkan biar semua bahagian kena tepung.

  • Gorengkan dalam periuk, minyak panas dan terendam. Sekali goreng 4 ketul saja, guna periuk kecil saja. Jaga api tau.
  • Goreng sampai ayam keemasan. Toskan dan hidangkan.

Susun cantik ayam goreng rangup, coleslaw dan kentang putar dalam pinggan macam snack plate. Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba.

Sumber: Umie Watie

IKLAN