Buat Sendiri Shawarma Lagi Jimat. Rempah Beli Yang Siap, Sedap & Puas Hati Makan

Share

Kalau korang antara yang suka makan shawarma dan sanggup beratur panjang untuk membelinya elok sangat kalau belajar buat sendiri. Jimat pun ya.

Rempah untuk perap ayam dan daging memang ada saja dijual. Boleh beli, harganya pun tak mahal. Lebih kurang RM8, kuantitinya pun banyak. Boleh buat berkali-kali.

Begitu juga dengan roti shawarma, kalau nak lagi jimat, guna saja wrap yang banyak dijual. Lebih mudah. Untuk persediaan ayam dan sayur boleh ikut perkongsian Wan LuQman

ini.

Buat sendiri shawarma

  1. Ini isi ayam bahagian chicken whole leg, 3 keping. Kalau nak guna breast part pun boleh cuma breast part agak kering sikit. Kalau nak juicy dan tender, bahagian whole leg (chicken chop).

2. Gaul isi ayam dengan rempah perapan dan sedikit minyak masak selama 2-3 jam. Rempah boleh beli di SINI.

Rempah ini terasa middle east vibe. Rempah shawarma ini berbelas/ berpuluh jenis adunan all spice Jadi beli yang dah siap macam ni ya. Jimat.

3. Untuk salad sediakan tomato, bawang merah, timun, daun ketumbar dan daun salad.

4. Ini roti shawarma, besar gedabak (boleh beli sekali dengan rempah). Boleh juga guna roti wrap jenama Mission tapi saiznya kecil.

5. Ayam perap tadi selepas perap kemudian bakar dan carik-carikkan.

6. Susun salad, letaklah apa-apa sos kemudian jirus sikit minyak zaitun di atasnya.

7. Letakkan isi ayam, kemudian gulung dan bungkus. Dah siap. Isi ayam tiga keping, cukup untuk buat 4 shawarma. Potong dua, dapat lapan. Nah hambik makan sepuas hati!

Selamat mencuba.

Sumber: Wan LuQman

 

IKLAN