Buat Sendiri Sushi Cara Paling Ringkas. Bahan Pun Mudah Saja

Share

Hidangan sushi dari negara matahari terbit ini memang semakin disukai ramai. Sebab itu sekarang kita lihat di pasar malam pun dah jual makanan ini.

Sushi ini kalau nak buat sendiri pun boleh sangat. Ikut saja cara yang dikongsi oleh CtRohani Abu Iban

ini, memang ringkas dan bahannya pun mudah. ‘Hantu’ sushi boleh buat ya.

1. Sediakan bahan-bahan iaitu;
-Beras sushi (guna beras sumo).
-Seaweed (ada jual yang asli & spicy)
-Penggulung sushi
-Sedikit garam dan gula.

2. Ini pula bahan inti sushi;
-Timun jepun (dihiris panjang).
-Telur dadar (dipotong memanjang).
-Crab stick (dikukus, lepas kukus nak belah dua pun boleh)

3. Cuci beras (sekali cuci saja). Kalau guna 1 cawan beras maka air 2 cawan (2 kali ganda). Kemudian masak macam nasi biasa.

4. Bila nasi dah masak, ketika masih panas tambah sedikit garam dan juga gula.

5. Kemudian gaul bagi rata garam dan gula tadi. Tutup periuk dan tekan on semula. Biarkan sekejap (dalam 5 minit).

6. Letak seaweed atas buluh penggulung.

7. Ambik sedikit nasi dan ratakan. Pastikan ikut alur buluh.
Pastikan jugak nasi sentiasa panas untuk dapatkan sushi yang mampat bila digulung.

8. Susun memanjang bahan-bahan yang sudah dipotong dihiris tadi untuk jadikan inti sushi.

9. Dah siap gulung, biarkan separuh sejuk. Kemudian bolehlah potong.

Siap! Sushi ini boleh dimakan dengan cicah kicap cair atau mayonis.
Nak makan dengan sambal pun boleh.

Sumber: CtRohani Abu Iban

IKLAN