Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade. Mudah Sangat, Guna 3 Bahan Saja

Share

Selain berkhasiat hidangan berasas tauhu telur ini memang enak, lagi pula kalau masak sos tiram atau sup.

Tapi masalahnya setiap kali nak beli tauhu telur ini ramai yang ragu-ragu sebab tak pasti tentang status dan kebersihan sewaktu pembuatannya.

Buat yang ada perasaan begini, apa kata cuba buat sendiri tauhu telur ini. Sebabnya nak membuatnya pun mudah saja. Panduannya dikongsi oleh Zaimah Zakaria.

Tauhu telur homemade, guna 3 bahan saja

Bahan-bahan
5 biji telur gred A
225 ml air soya
1/2 sudu kecil garam
Plastik aiskrim

Cara membuat:

1. Pecahkan telur, masukkan garam, tuang air soya.

2. Kacau sebati.

3. Tapis supaya tiada bubble.

4. Masukkan ke dalam plastik aiskrim dan ikat kemas.

5. Panaskan air tapi jangan sampai mendidih. Masukkan tauhu telur tadi. Gunakan api perlahan saja. Masak sehingga 30 minit.

6. Warna tauhu dah bertukar maknanya dah masak.

7. Sejukkan tauhu dan bolehlah dipotong.

Tip: Jika nak goreng tabur tepung jagung sikit.

Selamat mencuba.

Sumber: Zaimah Zakaria.

IKLAN