Kalau selalu buat ayam goreng salut tepung yang rangup, elok rasanya belajar buat sendiri menyediakan tepung goreng ini. Dah tentu akan jimatkan belanja.
Mana tidaknya hanya bermodal RM3 kita boleh dapat 1 kg tepung goreng ayam ini. Nak buat ayam goreng salut tepung ini hari-hari pun boleh.
Kata empunya resipi cara membancuh tepung ini sangatlah mudah, lima minit saja dah siap. Bahan-bahan pun memang sedia ada di dapur kita.
Buat sendiri tepung goreng ayam yang rangup
Saya nak kongsikan resepi Tepung goreng ayam dalam masa 5 minit, dengan modal RM3 untuk 1kg tepung
Ads
Bahan bahan
1kg tepung gandum
1 cawan tepung jagung atau tepung beras lagi rangup
3 sudu setengah garam
2 sudu lada hitam
setengah sudu aji
3 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk kari
setengah sudu gula
Cara membuat
1. Kisar halus lada hitam bersama garam, gula dan Ajinomoto.
Ads
2. Satukan bahan yang dikisar Bersama dengan tepung dalam satu bekas bertutup. Goncang hingga semua bahan sebati. Dah siap tepung ayam goreng!
3. Cara menggunakan, gaul ayam bersama tepung goreng ayam tadi dan juga telur. Perap dulu, sebelum digoreng gaulkan sekali lagi dengan tepung goreng ayam yang kering hingga semuanya salut.
Ads
4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Sedia dihidangkan.
Cara buat ayam percik dalam air fryer ini kena belajar memandangkan dah masuk bulan puasa. Selalunya waktu Ramadan inilah kita teringin makan hidangan ini.
Supaya tak perlu berasap satu rumah, boleh bakar ayam percik ini guna cara yang lebih mudah iaitu menggunakan air fryer. Kebanyakan rumah dah ada alat ini kan…
Cara buat ayam percik guna air fryer
Bahan-bahan
Ayam separuh ekor -dipotong dan dibersihkan
2 sudu minyak masak
Bahan perapan buat ayam percik
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah atau 1 biji bawang besar
3 inci halia
2 batang serai -dipotong kecil
2 sudu ciliboh -lebihkan jika mahu pedas
1/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1. Kisar semua bahan perapan hingga lumat.
2. Masukkan bahan kisar dalam mangkuk besar bersama dengan ayam. Gaul rata dan kemudian letakkan minyak masak.
3. Perap ayam selama dua jam atau lebih. Lebih lama diperap lebih sedap.
4. Alas ayam dengan aluminium foil kemudian bakar dalam air fryer menggunakan suhu 170 darjah selsius selama 15 minit.
5. Sebelah 15 minit balikkan ayam dan bakar lagi hingga 10 minit. Siap
Rumput helikopter banyak tumbuh meliar di tepi jalan atau sekitar rumah.Namun bagi pencipta kucing air rebusan rumput helikopter ini dikatakan sangat berguna untuk merawat kucing yang sakit.
Walau tiada kajian yang mendalam dilakukan namun rumput helicopter atau rumput pendul ini sudah banyak merawat kucing yang mengalami masalah parvo, selesema dan demam dan juga masalah pernafasan kucing. Rumput ini juga secara semula jadi memang dicari dan dimakan kucing untuk membantu memuntahkan hair ball dari perut mereka.
Cara membuat air rebusan rumput helikopter
1. Pilih rumput helikopter yang ada bulat putih di tengahnya. Cabut sekali dengan akar (pentng untuk pastikan rumput ini tidak diracun sebelumnya)
2. Cuci bersih rumput yang dicabut, buang tanah yang melekat pada akar.
3. Potong pendek rumput ini dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan air.
4. Rebus sehingga air tingga separuh periuk dan warnanya keperangan.
Foto: Facebook Natural Paradise Garden
5. Tos dan ambil airnya saja. Sejukkan sebelum diberi kepada kucing.
6. Simpan dalam botol di dalam peti sejuk. Gunakan dalam tempoh 10 hari saja.
Air ini boleh diberi terus kepada kucing yang sakit menggunakan picagari anggaran setengah picagari (pagi dan malam). Boleh juga dimasukkan dalam air minuman kucing.
Pati kurma ini antara stok yang wajib kita buat untuk persediaan sahur di bulan Ramadan nanti. Terutama untuk yang mahu hidangan sahur mudah tapi mengenyangkan serta mereka yang dalam usaha menurunkan berat badan.
Bila dah ada pati kurma ini senang kerja, bancuh saja dengan susu dan bole terus minum. Hidangan mudah ini sebenarnya dah cukup untuk kita bertahan sampai waktu berbuka. Kalau terlewat bangun pun masih boleh bersahur dengan mudah.
Berikut adalah cara untuk membuat pati kurma dikongsi oleh Nadiah Latfi.
Cara sediakan pati kurma homemade
1. Sediakan kurma, buang biji & basuh kurma
2. Kukus kurma tadi sehingga 20 minit.
3. Kemudian kisar kurma yang telah dikukus sampai hancur.
4. Masukkan pati kurma yang hancur ini dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk.
5. Cara penyediaan campurkan 2 sudu pati kurma & susu (jenis susu ikut cita rasa).
6. Sedia untuk diminum. Boleh juga dicampur dengan madu, badam, kismis dan sebagainya. Minum ini saja pun dah cukup untuk bertahan sampai berbuka dalam masa yang sama boleh kurus.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...