Ads

Vanidah Imran Mohon Doa Agar Istiqamah Berhijab, Akui Sudah Lama Berusaha Berubah

Pelakon, Vanidah Imran memohon orang ramai agar mendoakan dirinya terus diberikan kekuatan dan keistiqamahan dalam usaha untuk berhijab sepenuhnya.

Menurut Vanidah, 53, keinginan untuk menutup aurat sebenarnya sudah lama tersimpan dalam hati. Namun bagi pelakon filem Papadom itu, perubahan tersebut bukan sesuatu yang mahu dilakukan secara tergesa-gesa, sebaliknya perlu dilalui secara perlahan-lahan agar kekal istiqamah.

Vanidah berkata, dia kini sedang melatih diri sedikit demi sedikit dan percaya bahawa doa sahaja tidak mencukupi tanpa disertai usaha yang berterusan.

Vanidah Imran Mohon Doa Agar Istiqamah Berhijab, Akui Sudah Lama Berusaha Berubah

“Doakan saya kerana benda berhijab itu pasti berlaku. Itu usaha saya. Doa dan meminta sahaja tanpa usaha tidak akan berjalan. Jadi, kita mulakan perlahan-lahan untuk berhijab,” katanya.

Vanidah Imran Sudah Lama Mencuba Berhijab

Ditanya sejak bila dia mula mencuba memakai hijab, Vanidah Imran menjelaskan proses tersebut sebenarnya sudah lama bermula.

Ads

Malah menurutnya, perkara itu juga menjadi sebab mengapa penampilannya di Instagram sebelum ini dilihat tidak konsisten. Ada ketika beliau mengenakan hijab, manakala pada masa lain tampil tanpa hijab kerana masih dalam proses melatih diri untuk istiqamah.

“Dah lama dah mencuba. Sebab itu kadang-kadang awak tengok Instagram saya, sekejap saya pakai, sekejap tak. Sebab kita mencari. Istiqamah itu bukan mudah. Jadi kita latih diri,” jelasnya.

Mahu Perbaiki Diri Sebelum Berhijab Sepenuhnya

Dalam masa sama, Vanidah Imran berkata beliau mahu memberi keutamaan kepada perubahan dalaman terlebih dahulu bagi memastikan penghijrahan yang dilakukan benar-benar lahir daripada hati dan mampu dikekalkan.

Ads

Baginya, usaha untuk berubah bukan hanya melibatkan penampilan luaran semata-mata, malah turut merangkumi usaha memperbaiki ibadah, akhlak serta hubungan dengan Allah SWT.

“Tapi kita usaha. Teruskan usaha, semoga berjaya, insya-Allah. Saya kena perbaiki diri saya, solat saya, semua itu saya perlu perbaiki dulu,” katanya.

Vanidah turut mengingatkan bahawa setiap insan mempunyai ujian, cabaran dan perjalanan hidup yang berbeza. Oleh itu, beliau berharap masyarakat tidak mudah menghukum seseorang hanya kerana proses perubahan yang dilalui tidak sama seperti orang lain.

Ads

“Itu ujian masing-masing, ada hikmah. Kita jangan judge orang. Setiap orang ada perjalanan dia,” kongsinya.

Ramai Titip Doa Buat Vanidah Imran

Perkongsian Vanidah Imran menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat dan warganet yang menitipkan doa agar beliau terus diberikan kekuatan serta keistiqamahan dalam usaha menutup aurat.

Ramai turut memuji keterbukaan beliau berkongsi perjalanan penghijrahannya tanpa berselindung. Bagi mereka, kejujuran tersebut memberi inspirasi kepada individu lain yang turut berusaha memperbaiki diri secara perlahan-lahan.

Semoga Vanidah Imran terus dikurniakan ketenangan, dipermudahkan segala urusan, diberikan kekuatan untuk terus memperbaiki diri dan dikurniakan istiqamah dalam usaha berhijab sepenuhnya.

Sumber : Harian Metro

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Tips Lain

Aktif Bersukan Tapi Tiba-Tiba Rebah, Pakar Dedah Bahaya Aritmia Dalam Kalangan...

Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.