Buat Sendiri Tomyam Campur Seperiuk, Kuah Masam-Masam & Pedas. Guna Pes Ini Confirm Sedap!

Share

Selalunya bila nak makan tomyam, kita makan saja di restoren. Tapi ada masanya kita nak makan tomyam yang dibuat sendiri ikut cita rasa kita.

Nak rasa masam-masam dan pedas ikut tekak kita. Kalau dah teringin begini maka buatlah sendiri. Boleh ikut cara Mastura Razali. Nak sedap guna pes tomyam yang dicadangkan ini. Buat sendiri dapat seperiuk boleh buat bihun tomyam lagi.

Buat sendiri tomyam seperiuk, kuah masam dan pedas!

Masak tomyam hari ni. Rasa nak hirup kuah masam-masa pedas, maka terhasil la tomyam seperiuk.

Bahan utama tomyam:
-Isi ayam / udang / sotong
-Carrot
-Bunga kubis
-Jagung muda
-Saleri
-Cendawan – guna cendawan enoki saja
-Bawang holland
-Bawang putih
-Lengkuas
-Serai
-Daun limau purut
-Akar ketumbar
-Tomato
-Daun ketumbar
-Susu cair
-Pes tomyam (pes ini best dan pedas jadi tak perlu masuk cili padi)

Cara membuat:

  1. Rebus air dan masukkan akar ketumbar serta isi ayam.

2. Bila mendidih masukkan bawang, lengkuas,serai,daun limau purut.

3. Masukkan juga pes tomyam. Guna satu botol pes memandangkan botol kecil saja, lebih kurang dalam empat sudu besar.

4. Kemudian boleh masukkan sayur-sayur. Cendawan masuk akhir sekali. Masukkan sayur yang keras dulu.

5. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam. Boleh masukkan sotong dan udang diikuti dengan susu cair.

6. Akhir sekali masukkan cendawan dan tomato. Jangan lupa juga daun ketumbar, kalau ada sos ikan boleh masukkan jika tiada abaikan.

7. Siap…Jangan lupa goreng telur dadar. Rasa macam makan kat kedai!

Selamat mencuba.

Sumber Mastura Razali

IKLAN