Kalau biasa masak sup jenis berempah, sekali-sekali tukar selera buat sup siam ini pula.
Cara masak pula ada yang paling mudah, boleh guna pes yang sedia dijual sebab rasanya memang dah sedap sangat. Benda senang kenapa buat yang susah kan. Cara buat sup siam mudah ini dikongsi oleh Wan LuQman.
Cara mudah & cepat buat sup siam
Bahan-bahan:
Daging
Batang sederi
Ubi kentang
Tomato
Cili padi
1 paket perencah sup siam Adabi
1 sudu sos nampla/ sos ikan
Bawang putih
Lobak merah
Sedikit gula
Cara membuat:
1.Tumis bawang putih, kentang, lobak merah dan celery. Tumis kejap hingga bawang putih tu jadi perang keemasan.
2. Masukkan sesudu sos nampla. Bila masuk sos ni bau memang akan harum semerbak.
Ads
3. Masukkan 200ml air diikuti dengan daging.
4. Masukkan 1 paket rempah sup siam Adabi. Pes ini pun dah sedap, cukup rasa. Kalau nak tambah, boleh letak tomato. Garam tak perlu sebab dah letak sos nampla.
5. Tambah dalam 100ml air rebusan daging.
6. Masukkan sedikit gula, saya guna palm sugar Thai.
Ads
7. Kemudian masukkan cili padi, tomato dan bawang.
8. Masak hingga mendidih.
9. Siap.
Ads
Cara buat cili kicap
Goreng 3 ulas bawang putih dan 10 biji cili api. Nampak cili agak garing, angkat.
2. Tumbuk bahan digoreng.
3. Masukkkan sesudu bawang goreng.
4. Masukkan kicap manis dan perah limau. Gaul, siap!
Walaupun menu kampung tapi hidangan lempeng ini tetap ramai peminatnya. Cicah dengan sambal ikan bilis atau sambal sardin memang ngam.
Cara nak buat pun mudah sangat. Tapi kan, ada juga yang buat lempeng tak menjadi. Kalau macam tu guna cara yang dikongsi oleh Fuad Ismail Iskandar ini. Elok gebu kejadian lempeng nanti.
Cara buat lempeng kampung gebu
Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air (lebih kurang)
2 biji telur
3 sudu minyak masak
Sedikit garam
Serbuk perasa (jika suka)
Cara membuat:
1. Kisar semua bahan ini hingga sebati
2. Kemudian tuang sedikit atas kuali non stick. Saiz boleh buat ikut cita rasa.
3. Bila bahagian bawah dah masak, terbalikkan.
4. Dah sejuk boleh gulung dan makan dengan sambal.
Jepun adalah salah satu negara yang menjadi pilihan masyarakat negara kita untuk bercuti. Ini disebabkan faktor negara itu mempunyai cuaca empat musim di samping panoramanya yang cukup menarik.
Pun begitu, untuk menikmati percutian yang menyeronokkan, kita kena faham budaya sesuatu masyarakat. Barulah percutian kita akan jadi lebih menarik dan kurang stres.
Rarecation melalui facebook memberikan senarai lima kesilapan yang selalu dilakukan oleh orang yang melancong ke Jepun. Ini disebabkan kurang pengetahuan mengenai budaya masyarakat di sana berbeza dengan budaya kita walaupun kita sama-sama orang Asia. Nak tahu apa kesilapan itu? Jom kita baca.
Banyak yang kami perhatikan membuat kesilapan ini ketika bercuti di Jepun. Memandangkan kita semakin menghampiri akhir tahun, jadi kami pasti ramai yang sudah merancang percutian mereka ke sini. Disebabkan kami tak nak anda membuat kesilapan yang sama, jadi kami compile kan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan ketika membuat persiapan untuk ke Jepun.
1. KASUT
Ramai yang datang sini nak bergaya sakan. Yelah, kan kita berada di Tokyo, bandar yang banyak mengeluarkan fashion yang up-to-date. Fashion pun mesti la tip top. Tapi, ramai yang tak aware sebenarnya banyak tempat di Jepun seperti ryokans (rumah tradisional Jepun), kuil dan restoran mereka memerlukan kita untuk MENANGGALKAN KASUT sebelum masuk.
Jadi, kalau tak nak buang masa nak ikat dan buka ikatan tali kasut dengan kerap, kami suggest untuk pakai walking shoes yang selesa dan senang (sebab kat sana kita akan banyak berjalan). Lagi pulak kalau kita nak berjalan atas tatami mats, kita wajib TANGGAL KASUT dan PAKAI STOKIN. Kita dikira sebagai kurang ajar kalau berjalan atas tatami dengan berkaki ayam. Kalau pergi Jepun time winter, kena pakai kasut yang waterproof untuk mengelakkan kasut basah terkena salji.
2. TRAVEL LIGHT
Ini yang paling susah orang nak buat. Packing Light! Kebanyakan yang travel ke Jepun mesti akan menggunakan public transport mereka sebagai pengangkutan utama kerana pengangkutan di Jepun merupakan antara yang terbaik di dunia. Memang rugi siapa yang pergi Jepun tapi tak naik bullet train mereka. Dah nama pun pengangkutan awam, jadi ruang simpanan luggage sangatlah limited. Mengikut pengalaman kapten kami yang dah berpuluh kali jejak Jepun ni, perjalanan lebih mudah jika kita bawa suitcase yang kecil dan padat. Senang nanti nak bawa turun naik tangga di stesen keretapi. Takde lah nanti mulut korang dok terkumat-kamit membebel kenapa bini korang packing bag berat-berat kan.
3. TAKKYUBIN
Takkyubin ni memang sangat sesuai untuk orang yang tak boleh travel light. Korang tahu tak yang Takyyubin ni ada menyediakan service penghantaran luggage ke seluruh Jepun? Dah guna service mereka, barulah boleh berjalan dan membeli belah dengan tenang tanpa perlu heret beg berat-berat turun naik tangga. Takkyubin ni pun ada menyediakan perkhidmatan bawakan beg dari hotel ke airport. Kita tinggal ambil beg kat sana je sebelum balik.
4. MAKANAN
Tokyo antara bandar yang paling mahal di dunia untuk didiami. Bagi yang poket tebal, tak menjadi satu masalah untuk mereka makan di restoran setiap kali waktu makan. Bagi yang taknak poket mereka koyak rabak ketika travel, kami sarankan untuk bawa serba sedikit makanan pre-cook. Jadi bolehlah jimat sedikit duit poket untuk shopping di sana. Kalau travel dengan Rarecation, tak perlu risau beg berat nak bawa pes-pes makanan, kami sendiri yang akan bawa dan sediakan pes masakan istimewa dari Dapur Raya Prihatin (DRP).
5. GUNA KHIDMAT EJEN PELANCONGAN
Travel bersama ejen memudahkan pelancong terutama yang baru kali pertama nak melancong ke satu-satu negara. Ini kerana ejen pelancongan akan uruskan segalanya hal-ehwal percutian termasuk tempahan tiket, penginapan dan jadual lawatan. Lebih mudah dan anda pun lebih selesa serta selamat.
Bagi yang suka hidangan pedas, stok cili kena sentiasa ada di rumah. Lagi baik kita tanam sendiri satu atau dua pokok. Selain cili kampung, cili bara ini juga antara yang boleh kita tanam.
Jika mahu hasil buah cili yang lebat selain elok tanpa serangan perosak boleh ikut panduan penanaman Harun Arun ini.
Ini pokok cili bara yang usianya 4 bulan.
1. Semai biji benih cili bara, bila dah naik empat daun bolehlah alih. Untuk info; kalau nak tanam cili bara tanam guna biji benih asal yang ada jual di pasaran. Tak digalakkan guna biji benih dari buah yang dah ditanam.
2. Dua minggu sebelum tanam, tanah digaul dulu dengan tinja ayam proses. Pilih anak pokok yang sihat untuk ditanam, mana yang bantut atau daun nampak ada tak sihat buang terus.
3. Selepas tanam, seminggu sekali letak baja kopi, minggu ketiga selang dengan baja organik, EM, fish protein + seaweed, trichoderma, cuka kayu & oligo chitosan buat siram dan spray pada daun seminggu sekali, boleh gabung semua sekali.
4. Apabila pokok mula berbunga/berbuah tambah lagi satu barang iaitu calcium boron (untuk pembentukan buah yang cantik & kulit yang tebal). Kalau rajin 2 minggu sekali foliar dengan epsom salt & diluted seawater(kalau tiada air laut boleh guna garam dapur untuk sumber mineral).
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...