Buat Sup Siam Cara Mudah, Guna Perencah Ini Pun Dah Sedap Sangat Rasanya

Share

Kalau biasa masak sup jenis berempah, sekali-sekali tukar selera buat sup siam ini pula.

Cara masak pula ada yang paling mudah, boleh guna pes yang sedia dijual sebab rasanya memang dah sedap sangat. Benda senang kenapa buat yang susah kan. Cara buat sup siam mudah ini dikongsi oleh Wan LuQman.

Cara mudah & cepat buat sup siam

Bahan-bahan:
Daging
Batang sederi
Ubi kentang
Tomato
Cili padi
1 paket perencah sup siam Adabi
1 sudu sos nampla/ sos ikan
Bawang putih
Lobak merah
Sedikit gula

Cara membuat:

1.Tumis bawang putih, kentang, lobak merah dan celery. Tumis kejap hingga bawang putih tu jadi perang keemasan.

2. Masukkan sesudu sos nampla. Bila masuk sos ni bau memang akan harum semerbak.

3. Masukkan 200ml air diikuti dengan daging.

4. Masukkan 1 paket rempah sup siam Adabi. Pes ini pun dah sedap, cukup rasa. Kalau nak tambah, boleh letak tomato. Garam tak perlu sebab dah letak sos nampla.

5. Tambah dalam 100ml air rebusan daging.

6. Masukkan sedikit gula, saya guna palm sugar Thai.

7. Kemudian masukkan cili padi, tomato dan bawang.

8. Masak hingga mendidih.

9. Siap.

Cara buat cili kicap
  1. Goreng 3 ulas bawang putih dan 10 biji cili api. Nampak cili agak garing, angkat.

2. Tumbuk bahan digoreng.

3. Masukkkan sesudu bawang goreng.

4. Masukkan kicap manis dan perah limau. Gaul, siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Wan LuQman.

IKLAN