Dalam keseronokan nak menyambut Aidilfitri di kampung di rumah ibu ayah kita ramai yang terlepas pandang tentang bajet raya. Meski beraya di kampung takkanlah nak biarkan mak ayah kita menanggung segala perbelanjaan selama kita berada di sana.
Belanja ini bukan sedikit yalah bila dah ramai keperluan makanan dah tentu banyak, itu belum masuk hidangan untuk tetamu, dan juga barang kegunaan rumah. Jadi tanggungjawab anak untuk melangsaikannya.
Supaya tak terbeban, boleh ikut cara Musleha Mohd Tahrir bekerjasama mengatur bajet raya mereka. 7 adik beradiknya sepakat menyimpan sejak awal untuk memastikan segala keperluan ketika mereka berada di kampung beres dan tidak menyusahkan orang tua.
1. Setiap adik beradik kena sumbang RM200
Seawal bulan Syaaban saya sudah menyampaikan idea agar kami 7 beradik memberi seorang RM200 yg kami panggil sebagai #tabungraya. Saya bagi cadangan awal agar masing-masing bersedia sebelum duit tersebut habis beli baju raya. Hehe… Maklum le masing-masing anak ramai.
Sebagai pengenalan, kami 7 beradik, 7 menantu, 31 cucu. Kami sepakat dan set time agar giliran beraya dgn Mak Bapak di Pagoh pada tahun yg sama. Jadi semua org boleh berjumpa. Tahun ni giliran kami semua di Pagoh.
2. Bentuk AJK untuk buat kerja selama di kampung
Hasil kutipan #tabungraya sebanyak rm1400 kami letak je dalam beg duit dan sangkut kat dapur. Sebab memang konsep #tabungraya ni tiada bendahari. Sesiapa yg kena pergi belanja barang dapur, ambik je. Tak perlu resit belian bagai. Sebab kami saling mempercayai.
Bukan #tabungraya sahaja yg diwujudkan malah AJK juga dibentuk bagi melancarkan perjalanan sepanjang berhari raya di kg. Semua org terlibat dari yg kena pergi pasar, basuh ayam, potong daging, tumbuk kacang tanah, susun kuih raya dan macam-macam tugasan lah. Seorang pun tak terkecuali. Kecuali yg baby lah kan… hihi…
Ads
3. Menu raya dah bincang
Persiapan bahan masak diurus oleh anak-anak sedara. Tukang masak sudah tentulah mak-mak sedara otai yg terror masak ni. Atok cuma jadi pengarah urusan. Kadang-kadang kami lebih berkuasa menentukan apa yg perlu kita masak hari tu. Atok ngikut je.
Menu hari raya juga dah bincang awal. Bukan sebab apa, sebab senang nak belanja beli barang. Setiap menu ada ketua chef, pembantu chef dan AJK.
Raya pertama : ketupat, rendang daging, sambal kacang, kari ayam, lodeh. Ini menu wajib yg tak pernah lagi diderhakai(ketupat anyam pun dibahagikan kepada 3 beradik) kecuali saya sebab tak pandai menganyam…. keke….
Raya kedua : nasi ayam
Ads
Raya ketiga : nasi putih, asam pedas, ikan caru sumbat, kerabu tauge, sayur kucai+tempe
Bukanlah kami ni sibuk masak sampai tak beraya. Kami akan mula operasi masak awal. Siap masak dan berhidang elok-elok kat luar baru kami adik-beradik keluar beraya. Siapkan semuanya untuk memudahkan Mak Bapak nak layan tetamu.
4. Pastikan setiap famili urus kain baju sendiri
Haaa, satu lagi bakul kain baju kami pun masing-masing. Masing-masing urus kain baju anak masing- masing. Tapi kisah sadis dihari raya ialah mesin basuh auto Mak rosak pulak malam raya tu.
Dan masa rosak tu, masa saya yg sedang guna. Huhu….sadis sungguh! Nasib baik mesin basuh semi-auto Mak boleh guna lagi. Ada yg pergi dobi je kat pekan Pagoh. Saya 2x pergi dobi tapi orang ramai ya amat! Maka basuh lah guna semi-auto dengan tabahnya.
Ads
5. Sebelum balik upah orang cuci rumah, bayar bil
Duit lebihan #tabungraya kami upah orang cuci rumah. Cuci tandas, bilik air, mop rumah semua. Lebihan duit lagi kami bagi kat Mak Bapak untuk bayar bil api & bil air.
Anak-anak remaja dan kanak-kanak ni boleh buat kerja kalau kita yang dewasa ajak dan ajar. Bukan nak nafikan hak mereka untuk bersuka ria dihari raya bersama sepupu². Tapi bila diberi tanggungjawab mereka lagi suka.
Mereka akan rujuk kertas di peti ais senarai AJK. Nanti akan ada saja yg tukang baca senarai AJK tu.Time raya dan berkumpul inilah kita nak sepakat. Buat kerja sama-sama, makan sama-sama, raya sama-sama. Semua sama-sama. Berlapang dada semuanya.
Malam raya kami buat tahlil yg diketuai oleh Bapak. Siap ada yg jadi emcee lagi! Selalunya tahlil buat pagi raya, tapi tahun ni Mak kata kita buat tahlil malam raya.
Selamat Hari Raya semua.
Maaf zahir batin.
Saya sayang semua ahli keluarga saya lillahi taala.
Kalau gadis lain segan dan malu untuk keluar rumah dengan wajah penuh jerawat tapi gadis ini lain pula ceritanya. Dia dengan yakin menayangkan wajah asalnya di media sosial tanpa menggunakan aplikasi filter .
Memang ada suara sumbang yang mengata tapi ramai sebenarnya yang memahami masalah dan memberi sokongan buat gadis bernama Charisa Debully Francis.
Ujar gadis berasal daripada Kota Kinabalu Sabah ini dia memutuskan untuk tampil dengan wajah asli untuk memberi inspirasi kepada gadis yang mengalami masalah yang sama agar yakin dengan diri sendiri.
“Sejak hari pertama saya melakukannya saya sedar saya tak boleh putus asa pada diri sendiri. Saya telah melakukan pelbagai cara dan keadaannya masih sama.
“Ada yang berjumpa saya berkata ia masalah hormon, pemakanan malah keturunan. Macam-macam sudah saya dengar dan ada masa saya rasa penat untuk menjawab soalan yang sama dan diberi jawapan yang sama.
“Memang ada yang ketawa dan merasakan tindakan saya lucu, tersinggung juga tapi sikit,”ujar pelajar pelajar tahun satu Diploma Muzik (Piano) di Institut Seni Sabah dalam satu posting.
Wang dah banyak habis hanya kerana malu
Sudah mempunyai lebih 16 ribu pengikut di instagram kata Charisa lagi dia telah menghabiskan banyak wang dan masa untuk merawat masalah jerawat di wajahnya hanya disebabkan malu dan kerana bimbang dengan penilaian orang.
“Tapi kini saya sudah tahu dan faham, luaran itu tak penting yang penting dalaman kita bagaimana. Saya juga hampir putus asa tapi bila lihat kembali gambar yang saya muat naik dan caption yang mengatakan saya harus kuat ia menyedarkan saya.
“Saya perlu lakukan atau memaknakan apa yang saya tulis. Hargai kecantikan diri kita seadanya,” tulisnya.
A post shared by Charisa Debully (@charisafranc) on
Pernah makan 6 biji pil antibiotik sehari
Bercerita tentang pengalamannya merawat masalah jerawat yang dihadapi kata Charisa dia pernah mengalami muntah-muntah akibat mengambil enam biji ubat antibiotik sehari.
“Saya berhenti makan ubat yang disyorkan doktor selepas seminggu kerana sering muntah-muntah.
“Siapa tidak tertekan bila ada masalah macam ini, tapi saya selalu nasihatkan orang lain untuk jadi diri sendiri dan rapatkan hubungan dengan tuhan serta keluarga supaya tidak terus sedih,” memetik perkongsiannya dengan Mstar Online.
Tidak memaparkan wajah yang jelita dan flawless sebenarnya ramai netizen yang memuji keberanian Charisa menampilkan dirinya yang sebenar. Ini antara komen netizen yang sempat dipetik.
@amnrshdzthe_ confident that u have is beyond from anyone that i knowntrue beauty is not from the outside but what the inside shows that count
@ida_annur_kamaruzaman_She s beutiful ..acne doenst even put down her naked sweetness here.
@loniilee_I’ve struggled with acne for so long and it’s such an inspiration to see how utterly brazen and fearless you are, so beautiful.
Awal tahun ini ramai antara kita yang punya azam untuk membuat simpanan. Selain menyimpan di Tabung Haji dan juga beberapa institusi perbankjan lain, ASB Financing juga antara kaedah yang selalu disebut.
Betul ke? Jangan kerana tengok kawan buat, kita pun ikut sedangkan ia tak sesuai dengan kewangan kita.
Menyedari ramai yang belum fahan tentang ASB Financing ini, penasihat kewangan Azmir Harif menyenaraikan 5 perkara tentang ASB Financing untuk membuka mata kita. Berikut adalah perkongsian beliau.
5 perkara asas kena tahu
Aku tengok ramai sangat kena kencing pasal ASB financing/loan ni, meh aku bagitau 5 perkara asas yg korg perlu tau untuk elak ditipu
1. Kena tau apa beza ASB financing dan ASB Loan
ASB financing ni islamik dan patuh syariah, manakala ASB loan ni dia conventional. Hala tuju duit dijamin. So yg muslim tu, better amik yg islamik, dah banyak bank buat patuh syariah ni, jenuh nak jawab
kat akhirat nanti.
2. Kadar keuntungan vs kadar dividen
Apa benda ni?
– Kadar keuntungan ialah kadar peratus yg bank akan caj dari total pinjaman ASB korang (cari nilai yg paling rendah) lagi rendah, lagi untung la korg
– Kadar dividen ialah kadar peratus keuntungan yg korg akan dpt dari Simpanan ASB,(purata 7%) tapi tak tentu jugak sebab haritu turun (tapi korang tetap akan untung selagi tiada penurunan drastik yg mana sukar untuk berlaku)
3. Amount dan tempoh pinjaman
Selalu jumpa thread mcm ni kan?
“NAK BELI KERETA DAN KAHWIN DALAM MASA 3 TAHUN? AYUH MAKSIMUM KAN PINJAMAN ANDA SEHINGGA RM200K, ,LEPAS 3 TAHUN ANDA DAPAT KAHWIN DAN BELI RUMAH SEKALIGUS”
Ni semua bullshit la guys! Aku tak tau la macam mana korang boleh percaya, last-last korang tak akan mampu nak bayar sebab gaji tak cukup dan komitmen tinggi sangat. Nak buat loan kereta/rumah pun sangkut
Untuk amount, korang tak perlu la start terus nak up buat banyak-banyak, start dengan RM50k dulu, ataupun max jgn lebih RM100K , yg mana bulanan dlm RM250++ dan RM500++ (purata). *Jangan mudah terpedaya dgn muslihat sesetengah pihak
Untuk tempoh pinjaman tu, tarik panjang pun tiada masalah, sebab korag nak menyimpan, bukan nak melabur, menyimpan kena lama, bukan simpan hari ni esok dapat hasil dah, (seeloknya max sampai 30 tahun je)
4- Pengiraan
Pengiraan ni penting! Senang cerita terbahagi kepada 3 jenis pengiraan yg penting iaitu pengiraan:
– Bayaran bulanan
– Nilai serahan (surrender value)
– Kadar dividen peroleh setiap tahun
Pengiraan ni korag boleh je google untuk tahu lebih lanjut, tengok youtube pun boleh
5- Kemampuan
Korang kena tahu tahap kewangan masing-masing, jangan pernah samakan dgn rakan lain, kalau mampu RM200, buat sahaja yg bayaran bulanan RM200. Lain org lain jumlah komitmen bulanannya
Yg paling penting, korang jgn la mudah terpedaya dgn muslihat yg suruh maksimumkan pinjaman untuk dapat keuntungan banyak. MENGARUT!
Ambil tahu secara keseluruhan dari segi pengiraan,keuntungan, risiko kerugian dan maklumat terperinci sebelum mula buat.
Kalau ada ruang atau laman kosong di rumah walau sedikit, apa kata manfaatkan untuk tanam cili.
Memang berbaloi memandangkan cili ini hampir saban hari kita gunakan dalam masakan. Jika nak cuba tanam, praktikkan tip berikut supaya pokok subur dan elok hasilnya. Tip dikongsi oleh usahawan tani, Coach Bahar.
Tip ringkas tanam cili di rumah
1. Pilih tempat yang dapat pencahayaan yang baik. Jika tempat redup menyebabkan nanti pokok cili kita tinggi dan berbuah kecil.
2. Anda boleh menanam di tanah atau di dalam pasu dan kini ada teknologi fertigasi.
3. Kalau guna pasu 16 x 16 boleh pokok cili hidup 6 bulan. Medium campuran tanah merah campur tanah hitam dan pasir.
4. Tanaman terus ke tanah mungkin akan bermasalah kerana tanah biasanya tak subur. Jika nak tanam juga terus ke tanah, gemburkan dulu dan rawat dulu tanah dicampur kapur dan ditaburkan dengan baja tahi ayam.
5. Selepas semai benih, masa memindahkananak pokok cili adalah antara berumur 3 – 4 minggu. Pindahkan anak pokok cili pada waktu petang. Bukan tak boleh pindahkan anak pokok waktu tengah hari. Takut terkejut dan mungkin anak pokok layu dan seterusnya mati.
6. Masa yang sesuai untuk menyiram pokok cili adalah pada waktu pagi dan petang. Pokok cili hendaklah disiram 2 kali sehari. Tapi jika gunakan sistem fertigasi, siraman dibuat secara automatik 4 – 5 kali sehari.
Biasanya 250ml setiap kali siraman. Bermula jam 8 pagi dan selang dua jam. Ianya bergantung pada saiz pokok dan cuaca.
7. Jangan tanam pokok pada lopak yang bertakung. Jika air luar terlalu banyak mungkin menyebabkan kulat.
8. Jika gunakan pasu atau polybeg, kayu pancang perlu dipasang lebih awal supaya akar tidak rosak jika dibuat pada umur matang. Kayu pancang dibuat adalah mengelakkan pokok tumbang bila berbuah lebat.
9. Gunakan baja organik seperti baja tahi ayam dalam masa pembesaran pokok. Jika gunakan baja kimia kena ikut sukatan. Jika terlalu lebih pun mungkin pokok akan mati.
Jika dibuat secara manual, pembajaan dibuat 2 minggu sekali.
10. Kehadiran semut mungkin merosakan pokok. Biasanya white fly juga akan membantutkan pembesaran pokok. Boleh gunakan baja organik iaitu campuran air dengan bawang putih.
11. Jika musim hujan, pokok perlu kerap diracun. Racun untuk mencegah bukan untuk mengubat. Waktu paling sesuai untuk meracun adalah waktu senja.
12. Cili matang bila 70% cili berkilau dan berwarna merah. Waktu paling sesuai untuk memetik adalah selepas 9 pagi ke atas kerana embun sudah kering.
13. Jangan biar cili basah. Jika nak disimpan lama, keringkan cili dulu. Jika buah telah dipetik, baja perlu cepat diberikan pada pokok semula.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...