Buat Tart Telur Guna Kuali Lagi Senang, Masak Atas Dapur Saja. Saiz Pun Besar Puas Makan

Share

Tart telur ini antara yang selalu kita beli bila pergi bakeri. Harganya dalam RM2-RM3 juga sebiji.

Rasa lemak manis dengan kulit yang rangup memang syok makan. Makan sebiji memang tak puas. Kalau satu famili suka makan desert ini apa kata buat sendiri tapi dengan cara yang lebih mudah.

Buat pakai kuali atau pan saja. Caranya boleh ikut perkongsian Ct Zuraihan

Buat tart telur guna kuali saja

Bahan untuk kulit tart:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan majerin(saya guna butter)
1 biji telur
Secubit garam

Cara membuat:

  • Gaul semua bahan sampai jadi doh, kemudian tekan dalam pan/ kuali

Bahan untuk inti:
1 1/2 cawan susu cair
3 biji telur
1sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
1-5 sudu gula (ikut manis yang kita mahu)
Sedikit esen vanilla

Cara membuat:

  • Campurkan semua bahan dan pukul.
  • Tuang atas doh dan masak api kecil. Tutup dengan penutup masak lebih kurang 30-40 minit.
  • Satu hidangan boleh dapat dalam 9 keping macam dalam gambar di bawah.

Selamat mencuba!

Sumber: Ct Zuraihan

IKLAN