Pokok pudina antara yang selalu ditanam di rumah. Tapi nak tanam pokok ini tak mudah kerana selalu tak stabil bila ditanam menggunakan batang. Mudah beralih bila disiram kerana batangnya yang lembut dan kecil.
Salah satu tip yang dikongsi untuk memastikan keratan dari pokok pudina lebih kukuh adalah dengan menggunakan teknik lingkaran seperti yang dikongsi oleh Rina Kefele.
Buat lingkaran sebelum tanam
1. Kerat batang pokok pudina, ambil yg hujung-hujung yang dah berjurai.
2. Sediakan bekas dan tanah hitam.
Ads
3. Buang daun dan bentuk jadi melingkar macam ni.
4. Buat beberapa batang.
5. Masukkan bahagian yang dilingkar dalam tanah dan timbus.
6. Kemudian letak di tempat redup. Teknik buat pokok jadi kukuh. Kalau disiram tak lari.
Ads
7. Ini usia seminggu. Langsung tak layu.
Ini pokok pudina yang dah 2 bulan tanam guna kaedah lingkar. Boleh juga gunakan teknik yang sama untuk tanam pokok sirih.
Majlis menandatanganj Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Nu Ideaktiv Sdn
Bhd dan Enrichment Media Lab Sdn Bhd telah diadakan hari ini bertempat di Pejabat Urusan Nu Ideaktiv di sini.
Syarikat diwakili Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv dan Muhamad Ashraf DM Tej Nasir, Pengarah Urusan Enrichment Media Lab telah menyempurnakan acara menandatangani memorandum, sekali gus memeterai kerjasama dan perlantikan Enrichment Media Lab sebagai rakan pakar media mensasarkan segmen Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS).
Menerusi kerjasama ini, Enrichment Media Lab akan bertindak sebagai rakan pakar media yang menyediakan perkhidmatan dan perundingan untuk pakej pemasaran serta pengiklanan eksklusif bagi segmen PKS dalam industri kecantikan, kesihatan, makanan dan minuman, pakaian, perabot, pendidikan dan bimbingan.
Nu Ideaktiv yang memiliki lebih 17 jenama dan peneraju dalam industri media berbahasa Melayu,menyediakan kandungan, platform dan pelaksanaan sejajar dengan kerjasama yang dibuat.
Syamil Fahim dalam ucapannya memberitahu, MoU ini adalah permulaan untuk kerjasama bagi membantu dan meningkatkan lagi industri PKS negara ini menerusi media sebagai pemacu utama.
“Melihat kepada kepakaran yang dipunyai oleh Enrichment Media Lab dalam segmen industri pengiklanan PKS dan pengetahuan mereka bagaimana PKS merangka strategi dalam pemasaran dan pengiklanan, adalah menjadi satu peluang dan kelebihan bagi Nu Ideaktiv untuk berkolaborasi dan berkerjasama dengan syarikat ini bagi menguasai segmen pengiklanan media PKS.”
“Kerjasama ini juga bertujuan membantu perniagaan dan pengasas jenama untuk berkembang menerusi hebahan media meluas, pelaksanaan acara dan promosi rentas platform yang dimiliki Nu Ideaktiv di digital, program tv dan banyak lagi,” katanya.
Enrichment Media Lab sebagai agensi pakar media melihat Nu Ideaktiv sebagai syarikat yang berpotensi untuk membantu membangun industri PKS.
“Nu Ideaktiv memiliki pelbagai jenama media No.1 di Malaysia yang boleh membantu PKS berkembang maju dan menembus audiens sasar bagi pertumbuhan perniagaan dan sasaran keuntungan syarikat.”
“Kerjasama ini tidak terhad kepada satu medium sahaja. Berdasarkan hala tuju sesebuah perniagaan, kita boleh melaksana pelbagai projek yang signifikan, mencapai sasaran dan mentransformasi perniagaan,” kata Ashraf.
Antara kerjasama awal Nu Ideaktiv dan Enrichment Media Lab adalah menerusi penerbitan rancangan TV iaitu perjalanan keibubapaan pemilik jenama Noir dalam PA&MA : Diari Madammu, dan IMPIANA Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi oleh Ella furniture. Rancangan ini bakal bersiaran di saluran Astro awal tahun hadapan.
Satu perkara yang mungkin boleh mendebarkan pemandu bila tiba di persimpangan yang besar namun lampu isyarat rosak.
Dengan keadaan kereta yang tak putus-putus, bersumbat-sumbat sebenarnya siapa yang perlu jalan dulu?
Supaya kita tak lagi terkeliru bila berdepan situasi lampu isyarat rosak, berikut adalah panduannya.
1. Sebaik sahaja anda ketahui lampu isyarat di jalan tersebut sedang rosak, anda haruslah memperlahankan pergerakan kenderaan.
2. Beri laluan kepada kenderaan yang mendahului anda semasa memasuki persimpangan.
3. Sekiranya anda dan kenderaan yang lain tiba pada waktu yang sama, berilah laluan kepada kenderaan yang datang daripada sebelah KANAN terlebih dahulu.
4. Pastikan anda tidak berasa teragak-agak dan teruskan pemanduan dengan lebih berhati-hati.
Ada juga persimpangan tanpa lampu isyarat tapi ada tanda berhenti I LALUAN.Kereta A perlu memberikan keutamaan laluan kepada kereta B terlebih dahulu.
Bila bercucuk tanam di kawasan rumah mesti tidak terlepas daripada masalah serangga perosak. Kalau dah kena dan dibiarkan memang habis tanaman.
Sebab itu ramai sanggup buat bermacam-macam cara untuk menyelamatkan tanaman dari jangkitan kulat, kutu, hama, siput, semut dan sebagainya. Malah ada yang sanggup membeli segala macam baja dan racun untuk mengatasinya.
Sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk atas masalah serangga perosak tanaman ini. Modalnya cuma gunakan baking powder yang ada di rumah saja. Caranya boleh ikut perkongsian dari Malmisa Swak Lis Lis ini.
1. Hilangkan kulat /jangkitan kehitaman
Ambil 1 sudu baking powder dan campur dengan 1 liter air. Sembur pada bahagian yang terkena jangkitan.
2. Elak siput babi
Tabur baking soda keliling tanaman, katanya siput akan melecur jika terkena baking soda.
3. Jika pokok kena serangan bena putih (keputihan)
Campurkan bahan berikut;
1 sudu baking powder +
1 sudu cecair pencuci pinggan
1 liter air
Semburkan tiap minggu pada pokok hingga hilang keputihan.
4. Daun berlubang akibat ulat
Buat campuran baking powder dan tepung jagung kemudian tabur pada tanaman.
5. Masalah semut pada tanaman
Campurkan baking powder dengan sedikit gula kemudian tabur di laluan semut.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...