Buat Teknik Lingkar Kalau Tanam Pudina, Pokok Lagi Kukuh & Cepat Berakar

Share

 

Pokok pudina antara yang selalu ditanam di rumah. Tapi nak tanam pokok ini tak mudah kerana selalu tak stabil bila ditanam menggunakan batang. Mudah beralih bila disiram kerana batangnya yang lembut dan kecil.

Salah satu tip yang dikongsi untuk memastikan keratan dari pokok pudina lebih kukuh adalah dengan menggunakan teknik lingkaran seperti yang dikongsi oleh Rina Kefele.

Buat lingkaran sebelum tanam

1. Kerat batang pokok pudina, ambil yg hujung-hujung yang dah berjurai.

2. Sediakan bekas dan tanah hitam.

3. Buang daun dan bentuk jadi melingkar macam ni.

4. Buat beberapa batang.

5. Masukkan bahagian yang dilingkar dalam tanah dan timbus.

6. Kemudian letak di tempat redup. Teknik buat pokok jadi kukuh. Kalau disiram tak lari.

7. Ini usia seminggu. Langsung tak layu.

Ini pokok pudina yang dah 2 bulan tanam guna kaedah lingkar. Boleh juga gunakan teknik yang sama untuk tanam pokok sirih.

Sumber; Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

Artikel berkait:

Cara Buat ‘Air Penggalak’ Untuk Pokok Cili Supaya Berbuah Lebat & Tahan Penyakit

Cara Tanam Serai Supaya Cepat Bertunas. Rupanya Sebelum Tanam Kena Rendam Dulu

Nak beli macam macam benih pokok klik SINI

IKLAN