Buat Yang Suka Baking. Ini Tip Doh Biskut Sama Tebal. Guna Penutup Plastik Saja

Share

 

 

Perasan tak, ada kala kita buat biskut tak sama tebal. Ada yang tebal, ada yang nipis. Padahal dah gelekkan kayu pencanai tu bukan main sama rata lagi.

Seorang baker terkenal di facebook, Mawar Wilsa memberikan tip mudah untuk anda memastikan biskut yang dibuat sama tebal. Barulah cantik dan tak malu kalau nak jual. Kan?

 

Tip canai doh biskut sama tebal

Saya nak kongsikan tip doh biskut sama tebal. Cara murah dan mudah saya terap biskut bagi sama tebal. Guna penutup bekas plastik je….

1) Letakkan doh biskut diatas permukaan penutup bekas plastik.
2) Gunakan kayu pencanai dan canai doh. Pastikan kedudukan kayu pencanai berada di atas sisi penutup bekas plastik.
3) Kita dah dapat doh biskut yang sama ketebalannya.

Selamat mencuba.

Gelek doh atas penutup plastik seperti ini. 

Semua biskut jadi sama tebal.

Sumber: Mawar Wilsa

IKLAN