Siapa cakap ibu hamil tak perlu pakai tali keledar keselamatan? Tetap perlu ya, walaupun rasa tak selesa bila perut dan besar.

Pakai saja tak cukup kena pastikan cara pemakaiannya juga harus betul supaya ia berfungsi dengan baik bila berlaku kemalangan. Anda kan bawa satu lagi nyawa dalam perut.

IKLAN

Berikut adalah cara pemakaian tali pinggang keledar yang betul untuk ibu hamil dipetik dari Facebook Klinik Avicenna.

IKLAN
  • Bahagian melintang tali keledar keselamatan sepatutnya berada di bawah perut ibu hamil, lurus dan tidak terbelit.Ini untuk memastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung/pelvis dan tidak kena secara terus pada perut.

Bukan Ikut Selesa, Ini Cara Betul Pakai Seat Belt Untuk Ibu Hamil! Hati-hati Anda Bawa Satu Lagi Nyawa

IKLAN
  • Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada di atas perut dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan pada rahim sendiri.
  • Sentiasa pakai tali pinggang keledar keselamatan walaupun anda adalah penumpang yg duduk di belakang.
  • Semasa nak adjust tali keledar angkat perut sikit dan pastikan tali pinggang dalam keadaan lurus dan berada di atas paha tetapi di bawah perut.
  • Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah cukup ketat.
  • Tali pinggang yang belah atas atau pada bahu sepatutnya berada di celah-celah payu dara ibu.
  • Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sikit. Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan. Kerusi pemandu hendaklah ke belakang sedikit jauh dari beg udara (air bag).

Bukan Ikut Selesa, Ini Cara Betul Pakai Seat Belt Untuk Ibu Hamil! Hati-hati Anda Bawa Satu Lagi Nyawa

  • Tak perlu beli pelbagai produk atau sponge untuk lindung perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlakunya accident. Kajian menunjukkan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.
  • Jangan bila mengandung je sibuk nak pakai tali keledar. Tak mengandung pun kena pakai gak. Jangan ler terkial kial pasang tali keledar keselamatan bila nampak abang polis atau JPJ.
  • Malang tak berbau, kalau nak eksiden tu mmg eksiden juga. At least tali pinggang keledar keselamatan tu dapat mengurangkan impak eksiden. Perut yg besar tu TAK berfungsi sebagai ‘airbag’
Selain itu:  Kalau Kereta Kena Langgar Daripada Belakang, Ikut Langkah Disaran Peguam Ini

Kredit: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak & Klinik Avicenna

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI