Waktu PKP inilah kita boleh luangkan masa untuk bercucuk tanam. Tapi kalau tiada halaman atau tiada pengalaman bercucuk tanam boleh cuba tanam tauge dulu.
Sebab caranya mudah sangat. Sesuai jika untuk korang yang peminat tauge.
Cara nak tanam tauge ini dikongsi oleh Velvet Rossa
Ads
Bahan yg diperlukan
Kacang hijau 2/3 genggam
Tapis sayur
2 helai tuala kecik utk semaian taugeh
Plastik hitam
Baldi untuk letak tapis supaya air tak bertakung
Cara tanam
1. Rendam kacang hijau semalaman atau lapan jam. Alas tapis dengan kain atau tuala kecil kemudian tabur kacang di atasnya.
2. Tutup kacang dengan kain atau satu lagi tuala sebagai pemberat. Letak tapis atas baldi.
Ads
3. Masukkan dalam plastik hitam, kemudian simpan di tempat yg redup atau gelap.Contoh dalam kabinet bawah sinki. Jangan terdedah dgn cahaya nanti taugeh ‘melidi’.
4. Boleh juga semai 2/3 tingkat, jika nak banyak taugeh. Cuma semai di lapisan atas kain pemberat dan tutup lagi dengan kain. Langkah yang sama.
Ads
Dah boleh tuai
Cara siraman
Siram sehari 4 kali untuk dapat taugeh yg gemuk cukup air.
Waktu siram tak perlu angkat kain penutup, siram terus atas kain tapi pastikan air tidak bertakung supaya taugeh tak membusuk.
Biasanya bila ada baju rosak akibat berlubang atau koyak kita akan menampalnya. Tapi kesan tampalan baik dibuat sendiri atau menggunakan khidmat tukang jahit ia tetap akan jelas kelihatan. Sudahnya kita jadi segan memakainya lalu disimpan saja.
Namun berbeza dengan cara tampalan yang dilakukan oleh masyarakat Jepun. Menggunakan teknik kaketsugi, kesan tampalan pada baju berlubang atau koyak langsung tak nampak. Macam tiada masalah langsung.
Teknik Kaketsugi
Video perkongsian dari Kamarul Ariffin Nor Sadan berikut memaparkan beberapa teknik Kaketsugi untuk membaiki baju yang koyak dan berlubang.
Mi rebus Johor memang tak dinafikan cukup sedap. Dapat pula makan di negeri asal memang lah marvellous rasanya, ori.
Cuma kalau tiada kesempatan nak ke sana, boleh juga buat sendiri hidangan mi rebus ini. Dikongsi oleh Emee Sham boleh ikut cara ini;
Buat sendiri mi rebus Johor
Lama tak kena mi rebus, jadi kita buat sendiri. Ini pun berguru dengan orang Johor.
Bahan-bahan :
1 peket mi kuning -dicelur
4 biji keledek -direbus dan dikisar.
1 cawan tauchu -dicuci dan dikisar.
6 ulas bawang putih -dikisar.
3 biji bawang merah -dikisar
1 inci halia -dikisar.
3 batang serai -dititik.
1 inci lengkuas -dititik.
5 sudu makan rempah kari daging
Udang kering
Udang basah kopek kulit -dikisar
Garam, gula secukupnya serta minyak untuk menumis.
Bahan pelengkap:
Tauhu – digoreng, dipotong kecil
Daun sup -dimayang.
Bawang goreng.
Telur rebus -dibelah dua
Lada hijau -dipotong bulat
Taugeh -dicelur
Limau nipis -dibelah dua
Cara buat untuk kuah :
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
3. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering dan udang basah yang telah dikisar hingga naik bau.
4. Masukkan rampah kari kacau rata,
5. Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar. Selalu tauchu dan keledek yang dikisar telah kita letakkan air untuk senang dikisar, jadi tak payah tambah air supaya kuahnya tak cair.
6. Masukkan garam dan gula dan gaul sebati. Siap dihidangkan.
Bahan tepung rangup:
Tepung beras dan tepung gandum
Serbuk kunyit
Garam
Air secukupnya
Bawang besar -didadu
Daun bawang -racik halus
Minyak untuk menggoreng
Cara buat tepung rangup
– Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
– Cara menggoreng ada teknik sikit, tuang tepung guna senduk di tepi kuali seperti buat rempeyek
– Angkat dan toskan.
– Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
– Masukkan tepung rangup ini dalam mangkuk yang berisi mi, kuah dan bahan hiasan.
Jika diberi pilihan rasanya ramai juga yang tak sanggup melakukan kerja atau perniagaan ini. Maklumlah panas dan perlu banyak guna tenaga. Malah perlu menghadap pandangan orang ramai yang melihat pekerjaan ini tiada masa depan.
Tapi hakikatnya ramai tak tahu 6 bisnes kecil di bawah ini kalau dilakukan dengan konsisten dapat akan dapat keuntungan yang tinggi melebihi gaji eksekutif di pejabat berhawa dingin.
Jadi bagi anda yang sudah bosan dengan gaji cukup makan mungkin boleh cuba bisnes berikut.
1. Berniaga buah potong
Berniaga buah potong menggunakan motosikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai, keuntungan biasanya 50%-60% dari modal.
Contohnya, anda jual RM1 setiap plastik, kena target jual 600 plastik sehari, cari port orang ramai (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat/kilang) paling teruk anda akan dapat RM350 sehari × 30 hari = RM10,500
2. Khidmat potong rumput
Khidmat potong rumput, guna pekerja 2 orang dengan gaji RM130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar RM60, kerja hanya 2 jam sebuah laman, tugas kita hanya perlu angkat iklan di kawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan collect duit.
Sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, jadi kita akan dapat sehari RM340 × 30 hari = RM10,200.
3. Menjual nasi
Menjual nasi RM4 di kawasan penduduk ramai dengan menyediakan khidmat penghantaran. Buat iklan Facebook untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, jadi dalam sehari bersih dalam tangan ialah RM360 × 30 hari = RM10,800
4. Menjual air
Jual air RM1 setiap cawan di depan sekolah waktu pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 petang dan sekolah agama pukul 5 hingga 6 petang.
Menjual 300 cawan untuk satu sesi itu bukan perkara yg mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat RM600 kasar.
Rata-rata penjual air memberitahu margin untung bersih jual air ni sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat RM480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080
5. Berniaga apam balik
Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%, 4× seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga RM2 sekeping, setiap malam nilai jualan RM800×4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar RM12,800 tolak modal 20% (RM2,560) = RM10,240.
6. Jadi ejen jualan produk
Jadi ejen jualan produk, pilih yang laku keras bulan tu (kerana kebanyakkan produk bermusim), cari yang menawarkan keuntungan melebihi RM50 setiap daripadanya, jual menggunakan iklan di Facebook, sehari anda boleh meletakkan kos iklan RM80, anda perlu berusaha sekurang-kurangnya 11 orang “close deal”.
Setiap hari akan ada orang sertai sebanyak RM550, tolak kos harian iklan RM80 dan bayaran pos RM110 = bersih RM360 × 30 hari = RM10,800
Ada banyak lagi perniagaan yg memerlukan modal sedikit tapi pulangan lumayan tapi 6 jenis mudah dibuat oleh sesiapa sahaja.
Ingat, tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda, anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dengan diri anda.
Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.
Simpan emas menarik minat ramai sejak dulu memandangkan logam ini sentiasa naik. Tambah pula sekarang ada cara mudah dan selamat untuk menyimpan emas tanpa...