Makan

Bukan Masak Lemak Biasa Tapi Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang, Sedapnya Memang Berbeza

Share

Nampak macam masak lemak, atau lemak cili api tapi bukan ya. Ini masak lemak Padang, Indonesia. Dibuat menggunakan ikan tenggiri.

Cara masak pun berbeza sedikit dengan masak lemak kita, tapi yang pasti rasanya memang sedap. Boleh cuba buat sendiri ikut cara yang dikongsi oleh Nurul Ateekah.

Cara buat ikan tenggiri masak lemak Padang

Bahan-bahan
5 atau 6 ketul ikan tenggiri
½ kotak kecil santan
1 batang serai -diketuk
1 helai daun salam
2 Hirisan lengkuas
Tomato 1 biji- dibelah
Minyak secukupnya
Garam
Serbuk perasa
1½ cawan air

Bahan kisar
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
½ biji bawang besar/3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
Cili merah 2 batang

Cara membuat:

1. Ikan dibasuh bersih dan lumurkan kunyit dan garam. Goreng ikan sehingga masak. Ketepikan.

2. Panaskan minyak, masukkan hirisan lengkuas,serai, dan daun salam. Masak seketika

3. Masukkan bahan yang telah dikisar, masak sehingga pecah minyak.

4. Masukkan air dan santan lalu masak sehingga sedikit mendidih.

5. Masukkan tomato dan ikan goreng. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak seketika kemudian tutup api.

Selamat mencuba.

Sumber: Nurul Ateekah.

IKLAN