‘Bulan Pertama Saya Macam Zombie!’ Selesai Pantang 44 Hari Datuk Siti Kongsi Pengalaman Paling Manis

Share

 

 

Selepas hampir 11 tahun menunggu kehadiran cahaya mata, hari ini Siti Aafiyah sudah pun ada dalam dakapan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Baru selesai tempoh berpantang 44 hari Siti kini melangkah ke fasa baru dalam hidupnya.

Sebagai wanita yang baru bergelar ibu ia nyata satu yang cukup indah buat penyanyi nombor satu negara ini. Tapi seperti ibu lain dia juga tidak terkecuali berdepan cabaran dalam membiasakan diri menjaga bayi pada hari-hari awal selepas melahirkan.

Lucunya akui Siti bulan pertama dia seperti ‘zombie’ kerana rutin tidur Siti Aafiyah yang berjaga malam.

“Bulan pertama saya memang macam ‘zombie’. Aafiyah suka berjaga malam kerana pada sebelah siang dia akan tidur. Boleh dikatakan dua atau tiga kali juga dia terjaga,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Tapi ujar Siti walaupun penat, ianya hilang bila melihat wajah bayinya yang sekian lama ditunggu.

“Tipulah kalau kata tidak penat, tetapi selepas tengok wajah anak hilang semua perasaan itu. Ia melengkapkan lagi tugas saya sebagai ibu apabila dapat menjaga dan melihatnya membesar depan mata,” katanya yang ditemui ketika pelancaran butik ke lapan dan koleksi baru Creacion by Siti Nurhaliza di sebuah pusat membeli belah di ibu negara.

So mama-mama yang lain, jangan ingat anda sorang saja jadi zombie sewaktu berpantang, Siti pun sama ya!

Ini yang bantu Siti kurus

Tapi bagusnya kata Siti inilah yang membantu dirinya menurunkan berat badan. Terbaru tanpa berselindung kata penyanyi ini berat badannya adalah 70kg dan dia menyasarkan mahu mengurangkan 11kg lagi.

“Memang ramai orang tegur kurus. Alhamdulillah, ini semua sebab Aafiyah selain proses berpantang yang dilakukan dengan teratur.

“Sepanjang tempoh 44 hari, saya dijaga dari segi pemakanan. Saya diberi makanan sihat saja seperti makanan kukus atau bakar, beras perang dan elakkan makanan bergoreng.

“Walaupun berat sekarang 70kg, saya mahu kurangkan lagi 11kg. Disebabkan itu, saya teruskan lagi perkhidmatan Natalis Mother Care selama 30 hari,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro

 

 

IKLAN