Cara Baca Kod Pada Tayar Kereta Supaya Tak Terbeli Tayar ‘Expired’

Share

Bagi pemilik kereta biasanya sudah tahu bila waktu untuk tukar tayar kereta. Bila nampak tayar sudah botak pastikan ia  ditukar segera kerana memandu dengan keadaan tayar ini sebenarnya berbahaya.

Dalam proses menukar tayar kereta ini ada beberapa info penting yang kita sebagai pemilik dan pemandu kereta tahu. Sebelum beli tayar baru pastikan anda tahu membaca kod-kod pada tayar.

Ini kerana setiap tayar memaparkan maklumat penting mengenai tayar tersebut iaitu jenis, saiz, tahap bebanan, kelajuan yang boleh ditampung serta minggu dan tahun pembuatan tayar.

Maklumat yang diberikan dapat membantu anda memilih tayar yang sesuai untuk kereta anda. Tetapi apakah maksud di sebalik nombor serta huruf yang dipaparkan pada bahagian sisi tayar? Berikut dikongsikan maksud kod tayar:

Kod pada tayar kereta bermaksud

175 – Kelebaran tayar ini ialah 175mm
65   – Peratusan ketinggian dinding tayar ini ialah 65%
R     – Radial
15   – Diameter rim bahagian dalam untuk tayar ini ialah 15 inci
84   – Had muatan tayar ini ialah 500kg
H    – Kelajuan maksimum untuk penggunaan tayar ini ialah 210km/j

Lihat juga abjad di hujung, di samping H abjad memberi makna berbeza ;

S  = Maksimum Had Laju 180 km/jam


T  = Maksimum Had Laju 190 km/jam
U  = Maksimum Had Laju 200 km/jam
V  = Maksimum Had Laju 240 km/jam
Z  = Maksimum Had Laju 240 km/jam
W = Maksimum Had Laju 270 km/jam
Y  = Maksimum Had Laju 300 km/jam

Salah satu sebab kemalangan adalah kerana kes tayar pecah, bole jadi kerana pemilik tidak arif tentang kemampuan tayar dalam keadaan cuaca negara kita.

Kod tahun pembuatan tayar

Selain itu semua tayar yang dijual di Malaysia memiliki kod tayar kereta yang memaparkan minggu serta tahun pembuatan tayar tersebut seperti kod di bawah: 2519.

Kod 2519 pada sisi tayar di atas menunjukkan tayar tersebut dibuat pada minggu ke-25 tahun 2019.

Umumnya, tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh pembuatan. Tayar baharu yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi getahnya akan menjadi keras kerana sudah tamat tempoh.

Oleh itu, jika ingin menukar tayar baharu, periksa dahulu tahun pembuatan tayar yang hendak dibeli. Disarankankan untuk membeli tayar keluaran terkini supaya tayar kereta anda tahan lebih lama.

Sumber: Bjak.my

Artikel berkait : Bukan Tengok Bunga Tapi Jalur, Ini Cara Tentukan Tayar Kereta Botak Atau Tidak

 

IKLAN